Tuesday, April 14, 2009

Penjelasan KP DPPKS : isu usul kerajaan perpaduan semasa muktamar DPPKS ke-22



Salam ukhuwah,

Alhamdullilah, lega rasanya pagi ini apabila e-mail dibuka dengan respon segera daripada Ketua Pemuda DPPKS yang baru dilantik berkaitan persoalan yang cuba di"sensasi"kan didalam blog penarik beca yang bertajuk :Hati nurani ahli-ahli.

Berikut adalah penjelasan yang diberikan oleh KP DPPKS, Sdr Mohd Adram Musa berkaitan perkara tersebut. Sama-sama kita sampaikan kepada sahabat-sahabat seperjuangan bagi mengelakkan berlakunya salah faham @ persepsi berbeza-beza dikalangan anakmuda.Insya-Allah.

*******************Penjelasan KP DPPKS*********************************************

Saya menerima laporan, ketika merasmikan Mesyuarat Agung Pemuda PAS Serdang kali ke 22, Dr. Ahmad Shamsuri Mokhtar yang menjadi Setiausaha Politik Presiden PAS ada menyentuh sedikit sebanyak mengenai kerajaan perpaduan. Bukanlah perkara luar biasa bagi mana-mana setiausaha politik menghurai dan mempromosikan pemikiran bossnya. Tidak ada salahnya kalau kita berpegang kepada hak-hak demokratik seseorang untuk menyuarakan apa yang difikirkannya. Ia tidak melanggar hatta ruang yang diberikan oleh Islam dalam soal kebebasan bersuara.

Akhirnya, bila tiba agenda membentang usul, laporan menyatakan perwakilan Pemuda PAS Cawangan Teras Jernang (kalau saya silap terima laporan, tolong betulkan) membentangkan usul menyokong kerajaan perpaduan. Setelah beberapa kali Pengerusi Tetap mesyuarat meminta sokongan kepada usul itu, tidak ada seorang perwakilan pun yang sudi menyokongnya. Akhirnya Pengerusi Tetap memutuskan usul itu ditolak.

Tidak ada ulasan. Saya hanya melaporkan sahaja hati nurani ahli-ahli PAS.

Dari Blog Penarik Beca

___________

Asm,

Saya tak berhasrat sangat untuk response tulisan tuan , kerana saya maklum pandangan politik serta maksud tulisan- tulisan tuan sebelum wujudnya media blog ni. Malah saya mengenali tuan semenjak mengambil barang kohilal di jalan Pahang untuk dijadikan sumber ekonomi jamaah pada zaman kampus lagi . tapi itu bukan persolan utama yang hendak di fokuskan di sini.

Namun , bila mana ia menyentuh perkara yang melibatkan tanggungjawab saya untuk menjelaskan perkara sebenarnya. Terpaksalah bersengkang mata walaupun baru balik dr Kelantan krn urusan muktamar, jelas dari sana pun sudah mendapat persepsi yang berbeza dengan apa yang berlaku hasil tulisan tuan.

“Setelah beberapa kali Pengerusi Tetap mesyuarat meminta sokongan kepada usul itu, tidak ada seorang perwakilan pun yang sudi menyokongnya”

Dari frasa dan keseluruhan tulisan tuan , Jelas sekali tulisan tuan tidak mengambarkan keadaan sebenar apa yang berlaku dalam AGM tersebut. Cukup saya nyatakan disini secara ringkas , dari proses penerimaan usul, terdapat 2 cawangan , mengemukakan usul ini , atas cadangan JK usul , usul ini di terima dan di bahas.

Sebelum itu semasa ucapan perasmian Setpol Presiden telah menjelaskan serba ringkas maksud cadangan kerajaan perpaduan dan konklusi yang buat , cadangan ini perlu dihenti atas perkembangan perubahan politik semasa.

Semasa usul di bentang , Pengerusi Tetap telah membuat sedikit ulasan , dengan hasrat apa yang dinyatakan Setpol dan dan kerelevenan usul tersebut dengan keputusan usul sebelum itu , iaitu mendesak kerajaan menarik balik keputusan mengantung harakah’ . Disebabkan usul tersebut tidak dibahas dengan perubahan kpd status terhadap harakah, Pengerusi Tetap bertanyakan pandangan perwakilan terhadap Usul Kerajaan Perpaduan , di samping wakil cawangan yang menyokong usul tersebut menjelaskan pendiriannya semula selepas mendapat pandangan setpol presiden , maka usul tersebut tidak diterima untuk dibahas. bukannya , tidak ada seorang perwakilan pun yang sudi menyokongnya”

Saya berharap pihak tuan agar lebih berhati hati membuat tulisan , walaupun tuan menyatakan Tidak ada ulasan tetapi bilamana ianya berkaitan Idea dari Presiden dan di rasmikan Setpol presiden ianya ditolak , sebagai orang politik sudah dapat membaca maksud yang tersirat.

Apatah lagi di musim pemilihan ni dan suasana jamaah yang masih belum kebah’ sepenuhnya dengan beberapa pertembungan idea pimpinan sebelum ini. Tanpa menafikan tulisan di alam maya ini banyak membantu sebagai media baru kita , tetapi tidak kurang juga tulisan di alam maya ni banyak meruncingkan lagi perbezaan pandangan yang akhirnya menimbulkan sentiment sesama ahli yang tidak mendapat maklumat sebenar dan TIDAK BERHAK MENDAPAT MAKLUMAT TERSEBUT. Akhirnya jamaah juga yang rugi , yang seronok blogger melihat rating blognya mencanak naik dan ulasan bertalu- talu. Musuh sebenar tumpang senyum.

Saya harap pihak tuan dapat menyatakan sumber laporan tuan , agar lain kali tidak berlaku lagi itupun jika tuan rasa bertanggungjawab

Mohd Adram Musa

Ketua Dewan pemuda Pas serdang sesi 2009-2011

Exco Dewan Pemuda Pas Pusat




No comments:

Post a Comment