Thursday, April 23, 2009

Pemimpin PAS satu persatu ke PWTC..Jom kita pi Pesta Buku 2009.


KUALA LUMPUR, 20 April: Ketika para pemimpin Umno sibuk menguruskan parti mereka, dua pemimpin utama PAS bertemu peminat buku di bangunan Umno, PWTC.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Pesta Buku Kuala Lumpur itu Ahad, 19 April untuk merasmikan buku isteri beliau, Datin Tuan Sabariah bertajuk, "Bidadari Dari Timur" (Memoir Isteri Seorang Pejuang).

Berpuluh-puluh ribu peminat buku berada di PWTC pada hari itu.

Tengahari tadi, kira-kira jam 1.10, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula ke pesta buku itu.

Beliau merasmikan laman web kedai buku Nufair Street, www.nufairshop.com, anak syarikat Harakah.

Beliau turut merasmikan buku-buku terbitan Nufair termasuk karyanya sendiri.

Besok, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dijadualkan ke pesta buku itu juga bagi melancarkan buku tentang 'Gaharu - Duit di atas pokok" yang ditulis oleh bekas pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakub.

No comments:

Post a Comment