Monday, April 13, 2009

anakmuda@bukitmahkota di muktamar DPPKS ke-22..



Salam Ukhuwah,

1. Alhamdullilah, pagi-pagi lagi dengan penuh semangat, anakmuda@bukit mahkota berkumpul dengan satu tujuan iaitu menghadiri muktamar agung DPPKS kali ke-22. Walaupun pada peringkat awalnya, kami merancang bertemu & bergerak bersama-sama daripada Pusat Khidmat Masyarakat(PKM) Bdr seri Putra.
Sebelum bertemu,sms masuk ke handphone ana selaku ketua delegasi anakmuda@bukit mahkota daripada salah seorang anakmuda yang telah memberikan komitment utk hadir namun terpaksa membatalkan niat disaat akhir.sms tersebut berbunyi" Salam,maaf tak dapat pegi , mlm tadi anak tak sihat, ana tak tidur sampai pukul 4.30pg..asek4".Terharu hati ini apabila membaca sms tersebut. Reply ana : OK.
Manakala , anakmuda pas@bukit mahkota yang lain dapat juga memberikan komitment bagi mengukupkan kuota perwakilan iaitu seramai 5 orang + 2 ajk yang terlibat selaku urusetia muktamar.

2. Sebelum bertolak, sempat lagi anakmuda@bukitmahkota bersarapan di restoran putra station, bdr seri putra yang kebetulannya berjumpa dengan bekas Ketua pemuda Pas Pusat, dato Abu Bakar Chik dan rombongan beliau yang baru pulang daripada menyampaikan ceramah di Johor. sembang punya sembang masa dah menunjukkan jam 8.30pagi...kami terpaksa minta izin utk pergi menuju dewan cempaka, PKNS bagi menghadiri muktamar DPPNS. Banyak juga kata-kata semangat & pengalaman yang dikongsi bersama didalam pertemuan singkat tersebut.Insya-Allah, pertemuan selanjutnya akan diadakan didalam masa terdekat nanti.

3.Sampai sahaja di dewan cempaka, segala urusan pendaftaran telah dilakukan & ucapan alu-aluan KP, Sdr Mazwan Johar telah pun bermula. Banyak fakta & kata-kata dorongan telah diungkapkan oleh KP bagi menjelaskan arah misi dan visi serta hala tuju DPPKS dibawah kepimpinan beliau. Insya-allah, kesinambungan misi & visi tersebut akan digalas dengan penuh tanggungjawab oleh kepimpinan pemuda yang baru bagi sesi 2009-2011.

4. Perasmi muktamar, Dr Shamsuri iaitu merangkap setiausaha politik Presiden PAS berjaya menyuntik kata-kata motivasi menyemarakkan lagi iltizam pemuda mempertahankan kemenangan anugerah Allah ini kepada perjuangan Islam. Beliau juga memperincikan idea @ lontaran politik berkaitan idea kerajaan " unity" yang dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden PAS. Alhamdullilah, penerangan berkaitan perkara ini amatlah jelas kepada semua perwakilan yang hadir. Insya-allah, kami cuba jelaskan berkaitan perkara ini didalam usrah pemuda yang bakal diadakan. Moga-moga penerangan berkaitan isu kerajaan "unity" ini dapat disampaikan kepada semua.

5. Pemilihan dijalankan dengan suasana yang tenang & teratur tanpa ada sebarang insiden ejek-mengejek, "boo". Pemilihan dibuat bagi jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Timbalan Ketua Pemuda,Exco(8) dan pemeriksa kira-kira. Jawatan Ketua Pemuda menag tanpa bertanding. Syabas Sdr Adram Musa.

6. Berkaitan usul pemudapas@bukit mahkota utk muktamar DPP kaw serdang ke-22
Usul #1 : Diterima tanpa bahas:
Alasan : Dato Seri Najib Tun razak sudahpun menarik kembali arahan KDN mengantung permit harakah selama 3 bulan sebaik sahaja dilantik PM ke-6. Manakala usaha menjadikan harakah selaku akhbar harian telah dijalankan oleh pihak pengurusan Harakah.

Berikut adalah usul/cadangan tersebut :
Perkembangan laman-laman web & blog yang pro pakatan rakyat bak cendawan tumbuh selepas hujan
amatlah positif sebagai salah satu medium sumber maklumat alternatif berkaitan isu-isu semasa daripada pandangan pimpinan PAS kepada ahli-ahli. Namun begitu, tidak semua ahli-ahli yang dapat akses kepada maklumat daripada internet ini menyebabkan apa yang disampaikan oleh pimpinan terhadap sesuatu isu itu tidak kesampaian kepada ahli-ahli. Kekurangan ini telah diambil peranan oleh penerbitan akhbar Harakah edisi cetak sejak dulu lagi yang telah menyambut ulangtahunnya yang ke-20 dengan bil: 1424.alhamdullilah, penerimaan ahli-ahli & masyarakat terhadap peranan harakah bertambah
menggalakkan sejak kebelakangan ini walaupun telah dihadkan penerbitan 2 x sebulan kemudiannya dikembalikan semula 2 x seminggu bagi mendapatkan perkembangan terkini siasah tanahair. Baru-baru ini pada 23/3/2009 kita tersentak dengan penggantungan selama 3 bulan penerbitan harakah yang berkuatkuasa dengan serta merta tanpa pembelaan sewajarnya ibaratkan Harakah di"ISA"kan. Persoalannya adakah pengantungan ini akan diteruskan sehinggalah terkuburnya harakah secara senyap. Sanggupkah kita selaku peminat setia menunggu sahaja ini berlaku?.Apa tindakan kita seterusnya?.
Dengan pengantungan harakah selama 3 bulan ini menyebabkan banyak pihak yang menjadi mangsa terutamanya kakitangan harakah, penerbit, pengilang, pengedar dan peminat setia akhbar harakah ini.Akhbar harakah merupakan akhbar rasmi PAS didalam pentarbiyah ahli-ahli PAS, menganalisa isu-isu semasa,
membaca pandangan, nasihatm, tunjukajar pimpinan menerusi temubual secara langsung pimpinan PAS. Harakah perlu dipertahankan.
Disini, kami pemuda PAS Bdr Bkt Mahkota ingin mengusulkan agar :
1) Mendesak pihak pengurusan Harakah & pimpinan PAS mengambil langkah yang berkesan bagi mengembalikan semula harakah bukan setakat 2 x seminggu (isnin & jumaat sahaja) tetapi kalau diizinkan kami ingin melihat harakah menjadi akhbar harian seperti Sinar Harian. Kenapa perlu ada "double standard" berhubung pemberian permit akhbar ini.
2) Diwujudkan Tabung "Selamatkan Harakah" dengan kadar segera bagi menjaga kebajikan kakitangan harakah, pengilang, pengedar dan mereka yang terlibat secara langsung dengan penerbitan harakah.Disamping itu, usaha kempen penerangan "selamatkan harakah" juga perlu diperluaskan lagi.

sekian utk makluman bersama...
ikhlaskan diri demi perjuangan islam..

1 comment:

  1. Tahniah anak muda! teruskan keperkasaan anda semua

    -pokcik KC-

    ReplyDelete