Wednesday, April 29, 2009

Denggi sifar @Bangi bandar bersih?..







Assalamualaikum,
Salam ukhuwah,...
Dikongsikan perbualan anakmuda@bukitmahkota dengan seorang ahli kariah surau dibdr bukit mahkota baru-baru ini berkaitan kes denggi@ bangi...
apa khabar, pak haji pada hari ni?.tanya saya kepada salah seorang kariah surau di bdr bukit mahkota.
"alhamdullilah, sihat...,"jawabnya ringkas
"lama tak nampak ke surau sejak kebelangkangan ini?," soal saya lagi.
"isteri ana & anak ana masuk wad disyaki demam denggi..seminggu berada diwad Hospital Serdang .Ana terpaksa ulang-alik ke sana.",jawab pak haji tersebut.
" Sejak akhir-akhir banyak kes denggi berlaku kat taman kita & dengar khabarnya kat jiran sebelah kita iaitu sek4, bdr seri putra & kawasan bangi juga ada kes denggi yang dilaporkan.. apa tindakan yang dilakukan oleh pihak ADUN Banggi & MPP bagi membantu mengurangkan wabak ini daripada merebak?."sambungnya lagi...
" Bukankah telah dilancarkan kempen gotong-royong Bangi Bandar bersih baru-baru ini oleh YB Dr Shafie Abu Bakar & YDP MPKJ", jawab saya ringkas..
"Sejauhmana keberkesanan kempen tersebut. ana tidak dapat maklumat berkaitan kempen tersebut.Adakah masih ada kesinambungan kempen tersebut sehingga kini?"soal pak haji tersebut.
"Ya.Kerjasama persatuan penduduk & warga penduduk juga amat diperlukan bagi memastikan keberkesanan kempen tersebut.Misalnya diusahakan gotong royong perdana denagn kerjasama pihak MPP & ADUN Bangi di taman kita.,"Jelas saya ringkas.

Azan Isyak berkumandang..perbualan terhenti setakat itu.

Keesokkan harinya, anakmuda@bukitmahkota cuba mendapatkan maklumat berkaitan kes denggi tersebut dengan melayari laman web kementerian kesihatan : http://www.myhealth.gov.my/myhealth/story_docs/alerts/kpk/KPK_Minggu_15_EDITED_PADA_24_APRIL.pdf






Terkejut juga apabila didapati memang ada 6 kes denggi yang dilaporkan( banyak juga kes denggi yang tidak dilaporkan) di Sek4, Bdr seri putra sepertimana yang dikatakan oleh pak haji semalam..
Sama-sama kita prihatin terhadap persekitaran bersih & bebas denggi selaras dengan hasrat menjadikan Bangi Bandar Sejahtera & Bersih.Marilah kita doakan.Amin.

























No comments:

Post a Comment