Monday, April 20, 2009

AGM 25 PAS Serdang : Pas di mana-mana

anakmuda@bukitmahkota mengucapkan ribuan terima kasih khususnya kepada 5 perwakilan dan 1 pemerhati serta 1 anakmuda mewakili perwakilan pemuda yang sanggup mengorbankan masa luang bersama-sama keluarga untuk hadir ke mesyuarat agung PAS kawasan serdang yang julung kalinya diadakan di institusi pengajian tinggi, KUIS. Slogan tema "PAS di mana-mana" amatlah bertepatan .Tahniah atas penganjuran berkesan AGM 25 PAS Serdang.

Semoga saf kepimpinan baru melaksanakan amanah yang diberi dengan penuh semangat dan berkesan.

Bagi sekalian pendokong dan penyokong perjuangan Islam,bersamalah bekerja untuk mendaulatkan Islam.

Perjuangan itu dengan usaha dan pengorbanan,




Keputusan pemilihan PAS Kawasan Serdang sesi 2009-2011 :

Dr. Shafie Abu Bakar kekal sebagai Yang Dipertua PAS Serdang.
Beliau yang juga ADUN Bangi bersama timbalannya Mohd Shafie Ngah menang tanpa bertanding dalam mesyuarat agung PAS Serdang kali ke-25.
Manakala Naib Presiden disandang oleh Sdr Mazwan Johar.
Mesyuarat dirasmikan oleh YB Dato' Paduka Husam Musa. Mesyuarat juga bersetuju melalui satu pengundian untuk mengekalkan Presiden dan Timbalan Presiden. Sementara 3 orang Naib Presiden dicadangkan untuk peringkat pusat terdiri dari YB. Dato' Paduka Husam Musa, YB Salahuddin Ayub dan Hj. Mohd Sabu.


No comments:

Post a Comment