Thursday, April 16, 2009
Kenyataan Dr Ahmad Samsuri berkenaan dengan isu usul Kerajaan Perpaduan sewaktu Mesyuarat Agung DPPKS Kali ke 22
Kenyataan Dr Ahmad Samsuri berkenaan dengan isu usul Kerajaan Perpaduan sewaktu Mesyuarat Agung DPPKS Kali ke 22
Tuesday, April 14, 2009
Penjelasan KP DPPKS : isu usul kerajaan perpaduan semasa muktamar DPPKS ke-22

Salam ukhuwah,
Alhamdullilah, lega rasanya pagi ini apabila e-mail dibuka dengan respon segera daripada Ketua Pemuda DPPKS yang baru dilantik berkaitan persoalan yang cuba di"sensasi"kan didalam blog penarik beca yang bertajuk :Hati nurani ahli-ahli.
Berikut adalah penjelasan yang diberikan oleh KP DPPKS, Sdr Mohd Adram Musa berkaitan perkara tersebut. Sama-sama kita sampaikan kepada sahabat-sahabat seperjuangan bagi mengelakkan berlakunya salah faham @ persepsi berbeza-beza dikalangan anakmuda.Insya-Allah.
*******************Penjelasan KP DPPKS*********************************************Saya menerima laporan, ketika merasmikan Mesyuarat Agung Pemuda PAS Serdang kali ke 22, Dr. Ahmad Shamsuri Mokhtar yang menjadi Setiausaha Politik Presiden PAS ada menyentuh sedikit sebanyak mengenai kerajaan perpaduan. Bukanlah perkara luar biasa bagi mana-mana setiausaha politik menghurai dan mempromosikan pemikiran bossnya. Tidak ada salahnya kalau kita berpegang kepada hak-hak demokratik seseorang untuk menyuarakan apa yang difikirkannya. Ia tidak melanggar hatta ruang yang diberikan oleh Islam dalam soal kebebasan bersuara.
Akhirnya, bila tiba agenda membentang usul, laporan menyatakan perwakilan Pemuda PAS Cawangan Teras Jernang (kalau saya silap terima laporan, tolong betulkan) membentangkan usul menyokong kerajaan perpaduan. Setelah beberapa kali Pengerusi Tetap mesyuarat meminta sokongan kepada usul itu, tidak ada seorang perwakilan pun yang sudi menyokongnya. Akhirnya Pengerusi Tetap memutuskan usul itu ditolak.
Tidak ada ulasan. Saya hanya melaporkan sahaja hati nurani ahli-ahli PAS.
Dari Blog Penarik Beca
___________
Asm,
Saya tak berhasrat sangat untuk response tulisan tuan , kerana saya maklum pandangan politik serta maksud tulisan- tulisan tuan sebelum wujudnya media blog ni. Malah saya mengenali tuan semenjak mengambil barang kohilal di jalan Pahang untuk dijadikan sumber ekonomi jamaah pada zaman kampus lagi . tapi itu bukan persolan utama yang hendak di fokuskan di sini.
Namun , bila mana ia menyentuh perkara yang melibatkan tanggungjawab saya untuk menjelaskan perkara sebenarnya. Terpaksalah bersengkang mata walaupun baru balik dr Kelantan krn urusan muktamar, jelas dari sana pun sudah mendapat persepsi yang berbeza dengan apa yang berlaku hasil tulisan tuan.
“Setelah beberapa kali Pengerusi Tetap mesyuarat meminta sokongan kepada usul itu, tidak ada seorang perwakilan pun yang sudi menyokongnya”
Dari frasa dan keseluruhan tulisan tuan , Jelas sekali tulisan tuan tidak mengambarkan keadaan sebenar apa yang berlaku dalam AGM tersebut. Cukup saya nyatakan disini secara ringkas , dari proses penerimaan usul, terdapat 2 cawangan , mengemukakan usul ini , atas cadangan JK usul , usul ini di terima dan di bahas.
Sebelum itu semasa ucapan perasmian Setpol Presiden telah menjelaskan serba ringkas maksud cadangan kerajaan perpaduan dan konklusi yang buat , cadangan ini perlu dihenti atas perkembangan perubahan politik semasa.
Semasa usul di bentang , Pengerusi Tetap telah membuat sedikit ulasan , dengan hasrat apa yang dinyatakan Setpol dan dan kerelevenan usul tersebut dengan keputusan usul sebelum itu , iaitu mendesak kerajaan menarik balik keputusan mengantung harakah’ . Disebabkan usul tersebut tidak dibahas dengan perubahan kpd status terhadap harakah, Pengerusi Tetap bertanyakan pandangan perwakilan terhadap Usul Kerajaan Perpaduan , di samping wakil cawangan yang menyokong usul tersebut menjelaskan pendiriannya semula selepas mendapat pandangan setpol presiden , maka usul tersebut tidak diterima untuk dibahas. bukannya , tidak ada seorang perwakilan pun yang sudi menyokongnya”
Saya berharap pihak tuan agar lebih berhati hati membuat tulisan , walaupun tuan menyatakan Tidak ada ulasan tetapi bilamana ianya berkaitan Idea dari Presiden dan di rasmikan Setpol presiden ianya ditolak , sebagai orang politik sudah dapat membaca maksud yang tersirat.
Apatah lagi di musim pemilihan ni dan suasana jamaah yang masih belum kebah’ sepenuhnya dengan beberapa pertembungan idea pimpinan sebelum ini. Tanpa menafikan tulisan di alam maya ini banyak membantu sebagai media baru kita , tetapi tidak kurang juga tulisan di alam maya ni banyak meruncingkan lagi perbezaan pandangan yang akhirnya menimbulkan sentiment sesama ahli yang tidak mendapat maklumat sebenar dan TIDAK BERHAK MENDAPAT MAKLUMAT TERSEBUT. Akhirnya jamaah juga yang rugi , yang seronok blogger melihat rating blognya mencanak naik dan ulasan bertalu- talu. Musuh sebenar tumpang senyum.
Saya harap pihak tuan dapat menyatakan sumber laporan tuan , agar lain kali tidak berlaku lagi itupun jika tuan rasa bertanggungjawab
Mohd Adram Musa
Ketua Dewan pemuda Pas serdang sesi 2009-2011
Exco Dewan Pemuda Pas Pusat
Monday, April 13, 2009
Krisis di Perak..apa kesudahannya?..
| Mahkamah Persekutuan dengar kes Zambry lwn Speaker |
| Hafiz Yatim | Apr 14, 09 12:25pm |
| Mahkamah Persekutuan pagi ini memutuskan bahawa Menteri Besar BN Perak, Datuk Zambry Abd Kadir dan enam exconya, telah menggunakan prosedur yang betul untuk mencabar penggantungan mereka daripada menghadiri sidang DUN Perak. Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Md Sheriff, yang mengetuai panel lima orang hakim, berkata ia boleh mendengar perkara itu secara membuat permohonan dan bukannya melalui semakan kehakiman. Zambry dan enam orang exco kerajaan memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Speaker DUN Perak, V Sivakumar yang menggantung mereka selepas BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak Februari lalu tanpa pembubaran DUN. Zambry digantung selama 18 bulan manakala enam exconya digantung selama setahun. Mahkamah Persekutuan membuat keputusan sebulat suara itu pagi ini bagi menolak permohonan peguam Sivakumar - Sulaiman Abdullah - semalam terhadap permohonan untuk membatalkan penggantungan tersebut. Sulaiman berhujah semalam bahawa Zambry dan enam pemohon tersebut sepatutnya membuat permohonan secara semakan kehakiman dan bukannya melalui saman asal untuk mendapatkan beberapa pengisytiharan. |
Status tiga Adun Perak masih belum diputuskan mahkamah
Oleh Mohamed Hanipa Maidin
Ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan semalam (9 April 2009) yang memutuskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa menentukan status tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang melompat iaitu Hee Yit Foong (DAP-Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (KeADILan-Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (KeADILan-Changkat Jering) menandakan berakhirnya isu status ketiga-tiga Adun tersebut?
Sebelum saya menjawab soalan itu, ingin saya berkongsi dengan para pembaca tentang intisari keputusan Mahkamah Persekutuan itu. Keputusan tersebut boleh disimpulkan seperti berikut:
1. Pada 9 April 2009 Mahkamah Persekutuan SEKADAR mengisytiharkan bahawa SPR dan bukannya Speaker mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun seperti mana tiga kerusi Adun Perak tersebut kosong atau tidak.
2. Memandangkan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun di Perak kosong atau tidak adalah di tangan SPR, maka SPR berhak menentukan tentang status tiga kerusi Adun tersebut.
3. Memandangkan SPR telah membuat keputusan bahawa tiga kerusi Adun tersebut tidak kosong maka Mahkamah memutuskan bahawa ketiga-tiga Adun tersebut adalah kekal sebagai Adun.
Itulah secara subtantifnya teras keputusan Mahkamah Persekutuan semalam. Persoalannya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut bermakna status ketiga-tiga Adun tersebut tidak boleh dipertikaikan selepas ini?
Jawapannya, status ketiga-tiga Adun itu masih boleh dipertikaikan disebabkan alasan-alasan berikut:
1. Apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada sesuatu kerusi Dun kosong atau tidak, Mahkamah Persekutuan sekadar memutuskan pihak mana yang berkuasa (SPR atau Speaker) bagi menentukan kekosongan sesuatu kerusi Dun. Itu sahaja. Tidak lebih dari itu.
2. Mahkamah Persekutuan bagaimanapun TIDAK MEMUTUSKAN sama ada keputusan SPR ke atas status tiga Adun tersebut sah atau tidak sah di sisi undang-undang.
3. Isu sah atau tidak sah keputusan SPR masih boleh dicabar di Mahkamah melalui permohonan semakan kehakiman (judicial review).
4. Mahkamah Persekutuan sendiri mengesahkan bahawa keputusan Mahkamah semalam tidak memprejudiskan saman (Semakan Kehakiman) yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan SPR yang tidak mahu mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga Dun yang berkaitan.
5. Oleh yang demikian keputusan Mahkamah Persekutuan semalam tidak sama sekali menghalang Sivakumar untuk meneruskan saman beliau ke atas SPR yang telah ditetapkan untuk pendengaran pada bulan Mei 2009 ini.
6. Jika kita boleh membuat satu analogi (qiyas) keputusan Mahkamah Persekutuan semalam ia bolehlah diibaratkan seperti berikut:
Hanya kerana seseorang suami diberikan kuasa untuk menceraikan isteri, tidak bermakna sebarang keputusan cerai yang dibuat oleh suami adalah sah dan tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah.
Jika misalnya sisuami membuat keputusan menceraikan isterinya di dalam keadaan mabuk atau dalam keadaan tidak waras atau di dalam keadaan dipaksa oleh pihak ketiga, Mahkamah masih boleh membenarkan isteri mencabar keputusan suami tersebut.
7. Begitulah juga keadaan di dalam kes ini. Hanya kerana SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada kerusi tiga Adun Perak tersebut kosong atau tidak, ia tidak bermakna keputusan SPR tersebut adalah sah dan tidak boleh dicabar di Mahkamah. Dari segi undang-undang, Mahkamah masih boleh menyemak keputusan SPR tersebut bagi menentukan sama ada keputusan tersebut dibuat mengikut proses dan lunas undang-undang dan prinsip keadilan.
8. Sehingga Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan terhadap saman yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR, maka keputusan SPR masih belum boleh dikatakan secara muktamad sah dan mengikut lunas undang-undang.
Mungkin para pembaca masih ingin bertanya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan semalam bermakna Sivakumar sebagai Speaker Perak tidak mempunyai kuasa selepas ini menghalang tiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun.
Jawapannya Sivakumar masih boleh menghalang kerana Mahkamah Persekutuan tidak membuat sebarang perintah melarang Sivakumar dari menahan ketiga-tiga Adun tersebut dari masuk ke dewan Dun. Peguam Umno juga tidak memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan perintah halangan tersebut.
Oleh itu Sivakumar tidak boleh dikatakan menghina Mahkamah jika selepas ini beliau menghalang ketiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun.
Nampaknya sekali lagi keputusan Mahkamah tidak membantu Umno menyekat kuasa V. Sivakumar - individu yang memeningkan Umno sejak krisis Perak dicetuskan oleh Umno sendiri. - Hrkh
Mari didik anak jadi soleh..
Anak - anak adalah kurniaan dan nikmat yang tiada terperikan. Ia bagaikan nyawa yang disambung - sambungkan untuk merentas masa di dunia ini. Ia menyambung dan meneruskan harapan, cita - cita dan perjuangan setiap kita. Tiadalah yang lebih menggembirakan selain melihat segala harapan yang tinggi menjadi kenyataan.
Justeru anak - anak yang soleh dan berjaya adalah kurniaan agung untuk hamba - hambaNya yang soleh. Para anbiya’ menikmati kurniaan ini di tangga yang pertama ( lihat Aali Imran: 34 ). Mereka dikurniakan zuriat yang sebahagiannya juga telah dilantik menjadi al rasul yang menyambung tugas mereka melakar cita - cita dakwah dan tauhid.
Anak - anak juga adalah amanah. Kerana setiap manusia adalah terbeban dan tergadai dengan tanggung jawab masing - masing. Kerana setiap manusia terikat dengan hasil usahanya sendiri di dunia ini. Maka melorongkan anak - anak yang masih kecil dan mentah itu menjadi tanggung jawab dan amanah ke atas setiap kita yang tiada terperikan juga.
Mendidik anak - anak adalah kewajiban yang besar. Kerana tugas besar seorang al rasul, tugas mendidik mereka sedari kecil disandang sendiri oleh Allah daripada ibu bapa mereka ( lihat Taha:39-41 ). Maka bayangkan bagaimana setiap anak terlalu terkesan dan terbekas atas acuan pendidikan yang mereka terima. Jika baik, baiklah mereka. Jika gagal, gagallah mereka. Kita menentukan mati hidup mereka di dunia ini.
Ia adalah amanah yang sukar dan berat untuk ditanggung. Namun ia juga adalah kurniaan dan nikmat yang tiada terperikan.
Mari medidik anak - anak. Biar mereka tumbuh sesegarnya, lalu kemudiannya berbuah selebatnya dan dinikmati sesedapnya.
Mendidik tentunya sukar. Tetapi ia dimudahkan dengan qudwah dan petunjuk di hadapan daripada ar Rasul sallaLlahu alaihi wa sallam sendiri. Kemudian para sahabat dan mereka yang telah berjaya daripada kalangan hamba - hambaNya yang soleh. Pastinya, jika anda mengabaikan qudwah dan petunjuk ini, lalu meredah jalan sendiri, atau membiarkan mereka terheret ke laluan yang serong, anda sememangnya menempa kesusahan dan malapetaka yang besar.
Lahir anak - anak yang degil, derhaka, kurang ajar, lemah dan putus asa, lalu menjadi mangsa dadah dan sosial tak terubat. Saat itu, nikmat dan kurniaan bertukar menjadi kecelakaan yang tak terperi pula jadinya.
Semuanya kerana didikan yang salah. Didikan yang tak sempurna pun adalah salah. Didikan menuntut kesempurnaan pada segala ruang dan lingkupnya. Ia tiada galang gantinya.
Di Malaysia, seburuk - buruk pendidikan adalah pendidikan yang diterapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kenapa?
Kerana seburuk - buruk ilmu adalah ilmu sekular. Pendidikan negara adalah sekular. Dunia untuk dunia. Akhirat nantinya di akhirat. Itu jika akhirat itu ada.
Terdidik di dalam didikan sekular adalah sebab terbesar meruntuhkan binaan diri anak -anak muslim menjadi rapuh, punah dan binasa.
Jika anda memberi harapan kepada j-QAF atau KAFA, anda adalah mangsa awal sekularisme dan mangsa kepada sebuah harapan bertulang rapuh sebelum anak - anak anda sendiri menjadi mangsa ke seterusnya ( hanyalah guru yang benar dan soleh sebagai penyelamat ).
Perhatikan, saat anak -anak mencecah umur 15 tahun, saat umur getir ini, saat persimpangan ini, kerajaan dan anda bersibuk untuk melihat jumlah dan peratus A yang tinggi dalam peperiksaan.
Di mana anda saat Allah mengumumkan peperikasaanNya yang pertama? ‘A’ kah solat lima waktu yang fardhu itu? Bukankah 15 tahun itu adalah persimpangan syurga dan neraka untuk anak - anak?
Ramai mana ibu bapa yang bergembira dengan kejayaan anak - anak memperolehi A, sedang ia disambut di serambi neraka? Anaknya tak pun solat. Ayahnya tak pun mengendahkan!
Anda tunggulah sampai kiamat untuk kerajaan BN - UMNO bertanya anda, adakah anak anda telah solat sempurna lima waktu? Tunggulah sampai kiamat!
Semoga Allah menjauhi kita daripada BN - UMNO yang penuh kejahatan dan penyakit. Semoga anak - anak kita terselamat daripada BN - UMNO yang penuh makar dan perancangan jahat.
Sumber asal: http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/02/mari-mendidik-anak-anak/
Konsep Islam Hadhari akan dikaji semula?

| |
| KOTA BAHARU: Kerajaan akan mengkaji semula pelaksanaan dasar Islam di negara ini termasuk konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, bagi memastikan keberkesanan dari segi pendekatan dan penerimaan rakyat terhadapnya. |
anakmuda@bukitmahkota di muktamar DPPKS ke-22..
1. Alhamdullilah, pagi-pagi lagi dengan penuh semangat, anakmuda@bukit mahkota berkumpul dengan satu tujuan iaitu menghadiri muktamar agung DPPKS kali ke-22. Walaupun pada peringkat awalnya, kami merancang bertemu & bergerak bersama-sama daripada Pusat Khidmat Masyarakat(PKM) Bdr seri Putra.
Sebelum bertemu,sms masuk ke handphone ana selaku ketua delegasi anakmuda@bukit mahkota daripada salah seorang anakmuda yang telah memberikan komitment utk hadir namun terpaksa membatalkan niat disaat akhir.sms tersebut berbunyi" Salam,maaf tak dapat pegi , mlm tadi anak tak sihat, ana tak tidur sampai pukul 4.30pg..asek4".Terharu hati ini apabila membaca sms tersebut. Reply ana : OK.
Manakala , anakmuda pas@bukit mahkota yang lain dapat juga memberikan komitment bagi mengukupkan kuota perwakilan iaitu seramai 5 orang + 2 ajk yang terlibat selaku urusetia muktamar.
2. Sebelum bertolak, sempat lagi anakmuda@bukitmahkota bersarapan di restoran putra station, bdr seri putra yang kebetulannya berjumpa dengan bekas Ketua pemuda Pas Pusat, dato Abu Bakar Chik dan rombongan beliau yang baru pulang daripada menyampaikan ceramah di Johor. sembang punya sembang masa dah menunjukkan jam 8.30pagi...kami terpaksa minta izin utk pergi menuju dewan cempaka, PKNS bagi menghadiri muktamar DPPNS. Banyak juga kata-kata semangat & pengalaman yang dikongsi bersama didalam pertemuan singkat tersebut.Insya-Allah, pertemuan selanjutnya akan diadakan didalam masa terdekat nanti.
3.Sampai sahaja di dewan cempaka, segala urusan pendaftaran telah dilakukan & ucapan alu-aluan KP, Sdr Mazwan Johar telah pun bermula. Banyak fakta & kata-kata dorongan telah diungkapkan oleh KP bagi menjelaskan arah misi dan visi serta hala tuju DPPKS dibawah kepimpinan beliau. Insya-allah, kesinambungan misi & visi tersebut akan digalas dengan penuh tanggungjawab oleh kepimpinan pemuda yang baru bagi sesi 2009-2011.
4. Perasmi muktamar, Dr Shamsuri iaitu merangkap setiausaha politik Presiden PAS berjaya menyuntik kata-kata motivasi menyemarakkan lagi iltizam pemuda mempertahankan kemenangan anugerah Allah ini kepada perjuangan Islam. Beliau juga memperincikan idea @ lontaran politik berkaitan idea kerajaan " unity" yang dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden PAS. Alhamdullilah, penerangan berkaitan perkara ini amatlah jelas kepada semua perwakilan yang hadir. Insya-allah, kami cuba jelaskan berkaitan perkara ini didalam usrah pemuda yang bakal diadakan. Moga-moga penerangan berkaitan isu kerajaan "unity" ini dapat disampaikan kepada semua.
5. Pemilihan dijalankan dengan suasana yang tenang & teratur tanpa ada sebarang insiden ejek-mengejek, "boo". Pemilihan dibuat bagi jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Timbalan Ketua Pemuda,Exco(8) dan pemeriksa kira-kira. Jawatan Ketua Pemuda menag tanpa bertanding. Syabas Sdr Adram Musa.
Alasan : Dato Seri Najib Tun razak sudahpun menarik kembali arahan KDN mengantung permit harakah selama 3 bulan sebaik sahaja dilantik PM ke-6. Manakala usaha menjadikan harakah selaku akhbar harian telah dijalankan oleh pihak pengurusan Harakah.
sekian utk makluman bersama...
ikhlaskan diri demi perjuangan islam..
Kabinet Malaysia 2009...Satu Malaysia Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan?
| Dato' Mahfuz Omar Mon | Apr 13, 09 | 2:44:07 pm MYT | |||||||
| KABINET Malaysia di bawah Perdana Menteri baru, Datuk Seri Mohd Najib Razak telahpun diumumkan pada Khamis lepas, iaitu lima hari sesudah Perdana Menteri mengangkat sumpah. Media massa pro-BN dengan segera melabelkan kabinet ini sebagai berjiwa rakyat dengan slogan "Satu Malaysia Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan". Memang slogan ini cukup manis untuk dilihat oleh rakyat, tetapi belum tentu dari segi perlaksanaannya. Tun Dr Mahathir dahulu ketika mula-mula naik pada 1981 melaungkan slogan "Kepemimpinan Melalui Teladan" dan mendukung agenda "Bersih, Cekap dan Amanah". Tetapi berhenti Dr Mahathir sebagai Mahafiraun yang penuh dengan penyelewengan sehingga digelar "Bapa Mizan" yang bekerja dengan "daddy kasi". Bukankah rakyat menolak Dr Mahathir dahulu kerana KKN-nya? Tun Abdullah Badawi juga mencipta slogan lunak ketika mencari al-Ghazali, lalu diisytiharkan projek integriti ke arah pembinaan modal insan. Beliau mengusung ke sana ke mari Islam Hadhari satu salinan semula kepada Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dr Mahathir. Akhirnya, Dr Mahathir bersama juak-juaknya termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin membelasah Pak Lah, walaupun Najib hanya berdiam diri. Dr Mahathir mempersoalkan integriti zaman Pak Lah kerana kuasa menantunya di Tingkat 4 JPM. Rasuah yang diasaskan pada zaman Dr Mahathir membiak dengan pesat di bawah Pak Lah dengan muka kering. Dr Mahathir memberitahu ahli Umno bahawa makan rasuah lebih besar dosanya daripada makan daging babi! Akhirnya Mr Clean terpaksa berundur dengan imej rasuah yang terpalit pada pentadbirannya. Kabinet baru ini dibentuk selepas sah rakyat menolak kepemimpinan Najib dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada 7 April 2009. Najib bernasib baik kerana masih boleh bergantung kepada pengundi di Batang Ai yang rata-rata tidak dapat mengakses pandangan kedua. Tetapi, nyatalah bahawa rakyat tidak percaya kepada Najib, tidak seperti mana keajaiban yang diterima oleh Pak Lah pada 2004. Bahkan, tindakan Najib menarik balik penggantungan Harakah dan Suara Keadilan serta membebaskan 13 tahanan ISA hanya dipandang sinis oleh rakyat tidak ubah seperti Pak Lah mendakwa mendiang Eric Chia dan Tan Sri Kasitah Gadam untuk projek integritinya dahulu. Nampaknya lakonan pemimpin BN hari ini tidak termakan lagi oleh rakyat. kitar semula Berbalik kepada persoalan Kabinet yang baru dibentuk ini, ramai yang mempersoalkan apakah ahli parlimen BN lebih 100 orang itu semuanya tiada wibawa, lalu dikitar semula tokoh-tokoh yang sudah ditolak rakyat. Menteri yang kalah pilihan raya, yang kalah pemilihan parti nampaknya diangkat semula. Yang menang tidaklah pula menjadi pilihan, maka ramailah senator menjadi menteri pada kali ini. Termasuk yang dilantik ialah bekas Pengarah KAGAT, Datuk Jamil Khir Baharom. Nampaknya menjadi tradisi di kalangan pemimpin Umno sekarang ini memperalatkan tokoh-tokoh agama untuk menyucikan kabinet mereka. Tapi seperti biasa orang-orang ini akan dipinggirkan Umno. Apa tidaknya, Umno bukan mendengar nasihat ulama, melainkan memperalatkan mereka sahaja. Beberapa menteri yang dikaitkan dengan rasuah semasa pemilihan Umno baru-baru ini terus berada dalam kabinet Najib. Bahkan, yang pernah dikaitkan dengan skandal seks pun masih ada di situ. Yang tiada cuma Khairy Jamaluddin, pesalah yang dibenarkan bertanding Ketua Pemuda Umno. Mungkin Dr Mahathir cukup berbulu dengan Khairy, lalu Mukhriz yang kalah diangkat menjadi timbalan menteri. Agaknya kerana itulah orang berkata kabinet kali ini adalah kabinet Dr Mahathir, bukannya Najib. Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak bahawa Dr Mahathir mempengaruhi Najib dalam soal ini, tetapi itulah yang dipercayai oleh rakyat. Seburuk-buruk Pak Lah dahulu, tidak mahu dia mengikut telunjuk Dr Mahathir, kerana itu dia diserang bertubi-tubi. Isu sebenar di sebalik pembentukan kabinet ini adalah adakah mereka yang dilantik diperkenan oleh rakyat. Rakyat sudah menolak mereka, ahli Umno juga menolak mereka. Tetapi merekalah yang diangkat untuk mendahulukan kepentingan rakyat. Bagaimana ia hendak dilaksanakan. Yang kedua, dua buah negeri di Borneo mendapat tambahan kerusi menteri yang mewakili sekitar lima juta rakyat, sedangkan negeri-negeri yang lain tidak pula demikian. Adakah kerana BN melihat Sabah dan Sarawak (baca: Batang Ai) adalah kubu kuat yang menentukan survival politik Najib hari ini? Najib cuba memberitahu rakyat bahawa pada kali ini kabinetnya akan mengutamakan prestasi, dengan maksud pencapaian lebih diutamakan daripada projek. Bukankah ini juga slogan yang dibawa oleh Dr Mahathir dan Pak Lah? Najib berada dalam kabinet kedua-dua bekas PM ini, tetapi kenapa ketika itu beliau tidak mengutamakan prestasi. Ketika beliau menjadi TPM, semua orang melihat inilah kabinet yang paling lemah dan lembab dalam sejarah negara. Tidak ada prestasi langsung. Bahkan penuh dengan rasuah, penyelewengan dan skandal. Najib tidak berbuat apa-apa pun. Mungkin Najib akan berkata, ketika itu saya bukan ketua. Jika Najib akan memantau prestasi menteri lain, siapa pula yang akan memantau Najib? Apapun isunya, rakyat tetap akan melihat bahawa masalah sebenar kabinet hari ini ialah kecelaan yang ada pada ketua kabinet, iaitu Najib sendiri. Referandum rakyat sudah dinyatakan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Najib belum membersihkan dirinya daripada pelbagai tuduhan. Daripada membeli undi dalam pilihan raya, membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat hinggalah membeli jawatan tertinggi dalam parti. Begitu comot sekali Najib dengan pelbagai skandal untuk beliau memimpin kerajaan. PAS sudah berkali-kali mendesak Najib membersihkan dirinya dengan membawa isu ini ke mahkamah, tetapi Najib enggan. Apabila Najib enggan ke mahkamah, maka kabinetpun berkepalakan seorang yang diragui integritinya. Keraguan rakyat jelas sekali apabila semua bergembira dengan pendirian pengundi di dua bukit itu. Apabila kepala sudah busuk, maka sampai keekornya pun busuk sama. Apatah lagi apabila ahli-ahli kabinet sudah diketahui umum tercemar oleh pelbagai skandal. Apakan upaya seorang Pengarah Kagat untuk menjadi sebutir garam menyegarkan kabinet yang sedang membusuk ini. Akhirnya, seperti mana reputnya Umno, begitulah reputnya kabinet ini. Bersetuju atau tidak, rakyat sudah melihat bahawa kabinet ini adalah kabinet ikan busuk kerana berkepalakan kepala yang busuk. Mungkin inilah rupanya kabinet terakhir BN.-
| |||||||




Assalamualaikum wbr,
Terimakasih di atas penjelasan dari Wakil Exco Pemuda Serdang mengenai 'Usul Kerajaan Perpaduan'.
Berikut adalah penjelasan ringkas saya :
1. Pada asalnya saya tidak bercadang untuk menyentuh isu kerajaan perpaduan dalam ucapan perasmian saya. Tetapi setelah diminta oleh TYDP Kawasan utk bercakap mengenai konsep unity govt. ini, maka saya pun memenuhi permintaan beliau.
2. Ucapan saya jelas. Saya tegaskan bahawa 'kerajaan unity' BUKAN bermaksud 'PAS bergabung dengan UMNO atau BN'. Kerajaan unity adalah semua parti termasuk(sekali lagi saya tulis SEMUA PARTI) dalam negara kita diberi peranan dalam kerajaan. Sekiranya mana2 parti dalam Pakatan Rakyat tidak bersama, maka Kerajaan Unity tidak akan wujud. Sekali lagi saya tulis - BUKAN PAS MASUK UMNO ATAU BARISAN NASIONAL. Titik. Period.
3. Persoalan samada UMNO atau BN menerima atau menolak konsep unity govt ini juga saya jelaskan dalam ucapan saya.
4. Kenapa dan apa perlunya idea unity govt ini timbul juga telah saya jelaskan dalam ucapan saya.
5. Saya ditanya selepas daripada ucapan saya samada konsep kerajaan unity ini di teruskan selepas perubahan kepimpinan dari Pak Lah ke Najib. Jawapan saya kepada sahabat yg membuat usul adalah TERANG dan JELAS iaitu - "atas arahan TGuru Presiden, tak perlu teruskan usul kerana idea unity govt ini ditawaqqufkan" (setelah perubahan kepimpinan negara berpindah kepada Najib).
6. Tidak ada percanggahan antara kenyataan TGuru Presiden dengan TGuru Mursyidul Am. TGuru Mursyidul Am tak setuju PAS bergabung/ masuk BN, TGuru Presiden juga TAK SETUJU PAS masuk BN.
Sekian. Terimakasih.
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar