| Dato' Mahfuz Omar Mon | Apr 13, 09 | 2:44:07 pm MYT | |||||||
| KABINET Malaysia di bawah Perdana Menteri baru, Datuk Seri Mohd Najib Razak telahpun diumumkan pada Khamis lepas, iaitu lima hari sesudah Perdana Menteri mengangkat sumpah. Media massa pro-BN dengan segera melabelkan kabinet ini sebagai berjiwa rakyat dengan slogan "Satu Malaysia Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan". Memang slogan ini cukup manis untuk dilihat oleh rakyat, tetapi belum tentu dari segi perlaksanaannya. Tun Dr Mahathir dahulu ketika mula-mula naik pada 1981 melaungkan slogan "Kepemimpinan Melalui Teladan" dan mendukung agenda "Bersih, Cekap dan Amanah". Tetapi berhenti Dr Mahathir sebagai Mahafiraun yang penuh dengan penyelewengan sehingga digelar "Bapa Mizan" yang bekerja dengan "daddy kasi". Bukankah rakyat menolak Dr Mahathir dahulu kerana KKN-nya? Tun Abdullah Badawi juga mencipta slogan lunak ketika mencari al-Ghazali, lalu diisytiharkan projek integriti ke arah pembinaan modal insan. Beliau mengusung ke sana ke mari Islam Hadhari satu salinan semula kepada Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dr Mahathir. Akhirnya, Dr Mahathir bersama juak-juaknya termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin membelasah Pak Lah, walaupun Najib hanya berdiam diri. Dr Mahathir mempersoalkan integriti zaman Pak Lah kerana kuasa menantunya di Tingkat 4 JPM. Rasuah yang diasaskan pada zaman Dr Mahathir membiak dengan pesat di bawah Pak Lah dengan muka kering. Dr Mahathir memberitahu ahli Umno bahawa makan rasuah lebih besar dosanya daripada makan daging babi! Akhirnya Mr Clean terpaksa berundur dengan imej rasuah yang terpalit pada pentadbirannya. Kabinet baru ini dibentuk selepas sah rakyat menolak kepemimpinan Najib dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada 7 April 2009. Najib bernasib baik kerana masih boleh bergantung kepada pengundi di Batang Ai yang rata-rata tidak dapat mengakses pandangan kedua. Tetapi, nyatalah bahawa rakyat tidak percaya kepada Najib, tidak seperti mana keajaiban yang diterima oleh Pak Lah pada 2004. Bahkan, tindakan Najib menarik balik penggantungan Harakah dan Suara Keadilan serta membebaskan 13 tahanan ISA hanya dipandang sinis oleh rakyat tidak ubah seperti Pak Lah mendakwa mendiang Eric Chia dan Tan Sri Kasitah Gadam untuk projek integritinya dahulu. Nampaknya lakonan pemimpin BN hari ini tidak termakan lagi oleh rakyat. kitar semula Berbalik kepada persoalan Kabinet yang baru dibentuk ini, ramai yang mempersoalkan apakah ahli parlimen BN lebih 100 orang itu semuanya tiada wibawa, lalu dikitar semula tokoh-tokoh yang sudah ditolak rakyat. Menteri yang kalah pilihan raya, yang kalah pemilihan parti nampaknya diangkat semula. Yang menang tidaklah pula menjadi pilihan, maka ramailah senator menjadi menteri pada kali ini. Termasuk yang dilantik ialah bekas Pengarah KAGAT, Datuk Jamil Khir Baharom. Nampaknya menjadi tradisi di kalangan pemimpin Umno sekarang ini memperalatkan tokoh-tokoh agama untuk menyucikan kabinet mereka. Tapi seperti biasa orang-orang ini akan dipinggirkan Umno. Apa tidaknya, Umno bukan mendengar nasihat ulama, melainkan memperalatkan mereka sahaja. Beberapa menteri yang dikaitkan dengan rasuah semasa pemilihan Umno baru-baru ini terus berada dalam kabinet Najib. Bahkan, yang pernah dikaitkan dengan skandal seks pun masih ada di situ. Yang tiada cuma Khairy Jamaluddin, pesalah yang dibenarkan bertanding Ketua Pemuda Umno. Mungkin Dr Mahathir cukup berbulu dengan Khairy, lalu Mukhriz yang kalah diangkat menjadi timbalan menteri. Agaknya kerana itulah orang berkata kabinet kali ini adalah kabinet Dr Mahathir, bukannya Najib. Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak bahawa Dr Mahathir mempengaruhi Najib dalam soal ini, tetapi itulah yang dipercayai oleh rakyat. Seburuk-buruk Pak Lah dahulu, tidak mahu dia mengikut telunjuk Dr Mahathir, kerana itu dia diserang bertubi-tubi. Isu sebenar di sebalik pembentukan kabinet ini adalah adakah mereka yang dilantik diperkenan oleh rakyat. Rakyat sudah menolak mereka, ahli Umno juga menolak mereka. Tetapi merekalah yang diangkat untuk mendahulukan kepentingan rakyat. Bagaimana ia hendak dilaksanakan. Yang kedua, dua buah negeri di Borneo mendapat tambahan kerusi menteri yang mewakili sekitar lima juta rakyat, sedangkan negeri-negeri yang lain tidak pula demikian. Adakah kerana BN melihat Sabah dan Sarawak (baca: Batang Ai) adalah kubu kuat yang menentukan survival politik Najib hari ini? Najib cuba memberitahu rakyat bahawa pada kali ini kabinetnya akan mengutamakan prestasi, dengan maksud pencapaian lebih diutamakan daripada projek. Bukankah ini juga slogan yang dibawa oleh Dr Mahathir dan Pak Lah? Najib berada dalam kabinet kedua-dua bekas PM ini, tetapi kenapa ketika itu beliau tidak mengutamakan prestasi. Ketika beliau menjadi TPM, semua orang melihat inilah kabinet yang paling lemah dan lembab dalam sejarah negara. Tidak ada prestasi langsung. Bahkan penuh dengan rasuah, penyelewengan dan skandal. Najib tidak berbuat apa-apa pun. Mungkin Najib akan berkata, ketika itu saya bukan ketua. Jika Najib akan memantau prestasi menteri lain, siapa pula yang akan memantau Najib? Apapun isunya, rakyat tetap akan melihat bahawa masalah sebenar kabinet hari ini ialah kecelaan yang ada pada ketua kabinet, iaitu Najib sendiri. Referandum rakyat sudah dinyatakan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Najib belum membersihkan dirinya daripada pelbagai tuduhan. Daripada membeli undi dalam pilihan raya, membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat hinggalah membeli jawatan tertinggi dalam parti. Begitu comot sekali Najib dengan pelbagai skandal untuk beliau memimpin kerajaan. PAS sudah berkali-kali mendesak Najib membersihkan dirinya dengan membawa isu ini ke mahkamah, tetapi Najib enggan. Apabila Najib enggan ke mahkamah, maka kabinetpun berkepalakan seorang yang diragui integritinya. Keraguan rakyat jelas sekali apabila semua bergembira dengan pendirian pengundi di dua bukit itu. Apabila kepala sudah busuk, maka sampai keekornya pun busuk sama. Apatah lagi apabila ahli-ahli kabinet sudah diketahui umum tercemar oleh pelbagai skandal. Apakan upaya seorang Pengarah Kagat untuk menjadi sebutir garam menyegarkan kabinet yang sedang membusuk ini. Akhirnya, seperti mana reputnya Umno, begitulah reputnya kabinet ini. Bersetuju atau tidak, rakyat sudah melihat bahawa kabinet ini adalah kabinet ikan busuk kerana berkepalakan kepala yang busuk. Mungkin inilah rupanya kabinet terakhir BN.-
| |||||||
Showing posts with label siasah. Show all posts
Showing posts with label siasah. Show all posts
Monday, April 13, 2009
Kabinet Malaysia 2009...Satu Malaysia Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan?
Sunday, April 12, 2009
Analisa kemenangan PAS-PR di Bukit Gantang...



PAS-PR menang di Bukit Gantang. Berbanding PRU 12, PAS mendapat tambahan 1,845 undi (Mac 2008 : 20,015 / April 2009 : 21,860). Majoriti kemenangan juga bertambah 1223 (2008 : 1,566 / 2009 : 2,789). Bukan PAS saja yang mendapat tambahan ungi malah BN juga mendapat tambahan 622 undi berbanding PRU12 (2008 : 18,449 / 2009 : 19071).
Kedua-dua parti mendapat tambahan undi kerana jumlah keluar mengundi meningkat daripada 72.6% (2008) kepada 75.1% (2009). Berbanding jumlah yang diperolehi dalam PRU12, undi PAS meningkat 0.092% manakala undi BN meningkat 0.033%.
Analisis awal oleh Pengarah Jentera PAS bagi PRK059 menyatakan sokongan pengundi Melayu kepada PAS merosot 4% daripada 47% (2008) kepada 43% (2009). Sebaliknya sokongan pengundi bukan Melayu meningkat 11% daripada 64% kepada 75%. Secara relatif, sokongan pengundi Melayu kepada BN meningkat 4% manakala undi bukan Melayu merosot 11%.
Jika peratus keluar mengundi mengikut bangsa dikira bersamaan dengan peratus keluar mengundi keseluruhan maka jumlah pengundi Melayu yang keluar mengundi ialah 26,364 manakala 15,295 pengundi bukan Melayu keluar menunaikan tanggungjawab.
43% Melayu undi PAS : 11,337
57% Melayu undi BN : 15,027
75% bukan Melayu undi PAS : 11,471
25% bukan Melayu undi BN : 3,824
Jika diguna-pakai angka seperti di atas, PAS memperolehi 22,808 undi manakala BN memperolehi 18,851 undi. Jumlah ini berbeza dengan angka sebenar yang diperolehi oleh kedua-dua parti. Ini bermakna peratus keluar mengundi mengikut bangsa sebenarnya tidak bersamaan dengan peratus keluar mengundi keseluruhan.
Di sebalik angka-angka tersebut ada beberapa perkara yang menjadi petunjuk berguna kepada Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.
Mood rakyat masih kekal seperti kejutan yang berlaku pada 8 Mac 2008. Dalam tempoh setahun selepas tsunami itu, peralihan sokongan kembali kepada BN belum berlaku. Tambahan 622 undi BN pada 7 April 2009 datang daripada pengundi UMNO yang memboikot PRU 12 kerana isu calon luar. Kebanyakan daripada 1845 tambahan undi PAS diperolehi daripada pengundi Cina yang beralih sikap selepas melihat keprihatinan kerajaan Pakatan Rakyat Perak selama 10 bulan. Di sebalik tambahan sokongan pengundi Cina yang diulas oleh banyak pihak, sebenarnya undi PAS di kawasan Melayu tidak merosot. Cuma di kampung-kampung Melayu itu, peningkatan undi BN lebih banyak daripada peningkatan undi PAS.
Bolehkah dirumuskan secara pasti bahawa sokongan pengundi Melayu kepada PAS-PR merosot berbanding PRU13? Bolehkah dikatakan secara pasti bahawa kemerosotan itu berkadar 4%? Bolehkah dikatakan secara pasti bahawa undi itu beralih kepada BN?
Siasatan oleh team cBr7 mengesahkan tidak berlaku peralihan undi daripada PAS kepada BN. Kemerosotan undi PAS hanya berlaku di 4 daerah mengundi (pengundi Melayu 85% ke atas) pada kadar purata 2.19%. Siasatan mendapati kemerosotan itu disebabkan pengundi PAS yang bekerja di luar kawasan tidak dapat balik mengundi kerana gagal mendapat cuti daripada majikan. Faktor hari pengundian yang ditetapkan pada hari Selasa menjadi penyebab utama kegagalan hadir pengundi-pengundi ini. 9 daripada 10 pengundi luar yang tak dapat balik mengundi itu bekerja di Lembah Kelang dan Johor.
BN mendapat tambahan undi di 8 daerah mengundi pada kadar purata 3.72%. Tambahan itu datang daripada pengundi BN yang tidak mengundi pada PRU12 kerana memprotes pemilihan calon BN yang didatangkan dari luar Bukit Gantang (Abdul Azim Zabidi).
Peralihan paling besar yang berlaku dalam PRK 7 April ialah peralihan undi BN kepada PAS di kalangan pengundi Cina melibatkan antara 1,200 ke 1,300 undi. Baki tambahan antara 500 ke 600 undi PAS datang daripada pengundi Melayu di 9 daerah mengundi yang nisbah bangsanya hampir sama.
Oleh itu dakwaan UMNO kononnya pengundi Melayu telah beralih menyokong BN kerana tidak merestui pendirian PR berhubung krisis peralihan kuasa dan bimbangkan nasib orang Melayu di bawah pentadbiran kerajaan PR adalah tidak berasas dan hanya gimik politik.
sumber : http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/2009/04/analisis-keputusan-prk-bukit-gantang.html
Subscribe to:
Posts (Atom)

