Friday, July 24, 2009

RM1 infaq bulanan mengisi dana pemuda PAS BBM.



Assalamu’alaikum

Semoga kita sentiasa bersyukur kehadrat Allah Subhanallahi Ta’ala dengan sentiasa istiqamah, ihsan dan ikhlas melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala laranganNya. Bersyukur kita atas segala ni’mat yang dianugerah kepada kita seperti sihat tubuh badan, berpendapatan, berharta dan terlalu banyaknya hingga kita tidak terfikir atau mungkin terlupa. Ni’mat yang paling tidak ternilai harganya ialah ni’kmat Iman dan Islam. Yang pastinya menyelamatkan kita dalam kehidupan di Dunia dan di Akhirat.

Kita hendaklah sentiasa bersedia dan menepati waktunya dalam melaksanakan dan mendirikan ’amal dan ibadat. Bersedia dengan ilmu dan keperluan supaya kita bukan dikalangan orang-orang yang penuh dengan alasan untuk tidak mahu melaksanakan dan mendirikan ’amal dan ibadat atau sengaja melewat-lewatkan dan menangguh-nangguhkannya.

Kebahagiaan, kerahmatan, kesejahteraan, keberkatan, kesenangan dan segala yang menjadi idaman fitrah tabii kita adalah hak Allah Subhanallahi Ta’ala dan tiada kena mengena dengan selain daripadaNya. Akan dianugerahiNya kepada kita, sekiranya kita sentiasa istiqamah, ihsan dan ikhlas melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala laranganNya. Bagitu juga kepayahan, kesusahan, keluh kesah, tidak pernah rasa mencukupi, berhasad dengki, berperasangka buruk dan sebagainya yang menyalahi fitrah kemanusiaan, adalah pemberian Allah Subhanallahi Ta’ala kepada golongan yang penuh dengan alasan untuk tidak mahu melaksanakan dan mendirikan ’amal dan ibadat atau sengaja melewat-lewatkan dan menangguh-nangguhkannya dan orang-orang yang selesa melakukan pelbagai larangan Allah Subhanallahi Ta’ala.

Maksud daripada firman Allah SWT surah Al-Asyr:

”Demi masa, sesungguhnya manusia itu didalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman dan ber’amal soleh dan mereka pula menyampaikan kebenaran dan menyampaikan dengan kesabaran.”

Berkesempatan ini, saya ingin memaklumkan keputusan mesyuarat jawatankuasa pemuda PAS cawangan Bdr Bukit Mahkota pada 15/07/2009 agar ditubuhkan DANA PEMUDA dengan diadakan jawatan Bendahari Pemuda PAs Bdr Bukit mahkota bagi tujuan mengumpul dana aktiviti-aktiviti pemuda. Dikesempatan ini, ana ingin mencadangkan komitmen kita untuk memberi sumbangan bulanan untuk dana aktiviti-aktiviti pemuda PAS cawangan Bdr Bukit mahkota ; RM1.00 sebulan atau RM12.00 setahun atau nak bagi lebih pun boleh dan terlebih baik, Alhamdulillah. Manakala RM1 sebulan atau RM12.00 setahun lagi untuk sumbangan kepada DPPKS. Keseluruhan infaq sebanyak RM2 sebulan @ RM24 setahun.Sumbangan infaq ini boleh diberikan kepada Ust Ghazali(Bendahari): 019-2046684 atau Zulkifli(Ketua JK Pemuda) :017-3761584.


Semoga kerja ’amal kita akan mendapat sebaik-baik pembalasan daripada Allah Subhanallahi Ta’ala.


Sekian, terima kasih. Wasallam


No comments:

Post a Comment