Monday, July 13, 2009

Jom ziarah Timbalan Presiden PAS...

Saturday, July 11, 2009

Halakan “senjata” pada musuh

Saya percaya disaat ini kita semua mendoakan agar PAS menang di Manek Urai 14 Julai ini. Para petugas dan jentera pilihanraya PAS sedang bertungkus-lumus di sana. Masing-masing menyumbang tidak kira samada di medan “perang” ataupun dari luar dengan berbagai bentuk sumbangan dan bantuan serta khidmat.

Kalau PAS menang juga dalam ujian ini bermakna panji-panjinya terus berkibar megah setelah diusung ke medan “perang” dari Kuala Terengganu ke Bukit Gantang dan kini di Manek Urai. Terbukti PAS teruji.



gambar MStar


Dalam memperkatakan darihal Manek Urai ini, rupanya ada juga pihak yang cuba menjadi nakal dan mengeruhkan suasana sekaligus samada sedar ataupun tidak menyumbang kearah terjejasnya kedududkan parti. Apa pun kita ini satu gerakan Islam, jangan bertindak membelakangkan jemaah, parti ini bukan milik mana-mana individu tetapi ia milik seluruh umat Islam yang cintakan Allah dan Rasul. Jangan kerana bernafsu marahkan nyamuk maka habis hangus kelambu dibakar.





Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dikatakan disekat dari turun ke Manek Urai kononnya takut harapan PAS terjejas. Ada pihak mengatakan bukan tak mahu dia turun takut dia nanti kena “boo” oleh orang-orang PAS sendiri. Ada pula yang dengan bangga menyatakan depan media bahawa Ustaz Nasha “malu mata” mahu turun. Hasil dari kesombongan ini Umno mencuri peluang dengan mengadu-domba antara pimpinan PAS di Manek Urai. Penat kita bersilat sesama kita sedang musuh dan sasaran politik sebenar duduk selesa ketawa terbahak-bahak.

Cuba baca apa kata The Star Online dalam hal ini apabila Ustaz Nasha dan Tok Guru Mursyidul Am turun berkempen di Peria, Manek Urai pagi tadi:

Nasharudin's presence at the mosque in Peria drew a wide following and he was mobbed by supporters.

Kehadiran Nasharudin di Masjid Peria telah mendapat perhatian ramai dan beliau telah dikerumuni oleh ramai penyokong.
Ada sesiapa yang kena “boo”?

Menurut laporan Ustaz Nasha baru sahaja menjalani pembedahan kecil di bahagian ususnya, adakah beliau sebenarnya “malu mata” atau memang dihalang atau tidak sihat untuk turun?

Sekarang masanya untuk menghadapi musuh. Kita sedang dalam suasana “perang”, biarlah perluru mengena musuh dan bukan kawan. PAS dalam sejarahnya tidak pernah pun menghalang sesiapa menyumbang tenaga dalam memperjuangkan syiarnya. Biarlah tradisi ini terus kekal tambah-tambah pula jika melibatkan pimpinan tertinggi yang menang melalui mandat muktamar.

Ya Allah menangkanlah merekayang berjuang di jalan Mu ini.

Sunday, July 12, 2009

XPDC dakwah ke Vietnam...syabas!!!

Welcome


Alhamdulillah akhirnya kami selesai menyempurnakan misi Alif Consultant menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada umat Islam Vietnam pada 3hb-5hb Julai 2009. Kepenatan dan keletihan bermula pada malam 2hb Julai 09 lagi, membuat persiapan terakhir sehingga melewati jam 2.00 pagi. Saya pula tidak dapat melelapkan mata kerana menanti seorang lagi sahabat Alif yang masih belum tiba walaupun jam sudah menunjukkan jam 4.00 pagi.

"Mana pula Faizi ni", saya mula merunggut dan risau. Maklumlah dia memandu seorang diri dari Johor dengan keletihan untuk tiba di rumah saya.

Saya mula tak senang duduk, SMS yang dihantar tak berbalas pula.

"Ah, risau pula dibuatnya", saya mula bersuara.

"Cuba call hp dia", suara Zikr kedengaran.

Saya terus call, HP berbunyi dan kemudian Faizi pun jawab.

"Syeikh anta kat mana ni?," saya bertanya.

"Dah kat Bukit Mahkota dah jap lagi sampai", katanya.

Lega rasanya bila Faizi jawab macam tu.

"Apa hal lambat sampai?", saya tanya Faizi.

"Ngantuk banyak kali berhenti tidur tak larat nak pandu kereta", katanya

Ok lah apa pun yang penting semua orang terdiri 8 orang telah bersedia bertolak ke Ho Chi Minh.

Inilah gambar-gambar untuk tatapan pengunjung. Kami telah menyampaikan amanah yang diberikan kepada kami Alif Consultant. Terima kasih atas kepercayaan anda semua. Salam sejahtera juga dari umat Islam Vietnam kepada semua penyumbang derma/zakat dari Malaysia.

Masjid Terindah di Ho Chi Minh


Presiden Islamic Community Vietnam















Bersama Pelajar Masjid Anwar


Tazkirah Maghrib














Sahabat Alif Bersama Pelajar


Sedikit Sumbangan














Masjid Dibina Oleh Mubaligh India


Sumbangan Al Quran














Sumbangan Zakat



Pemberian Beras Untuk Fakir Miskin















Rumah Orang Kampung


Generasi Penerus Warisan Agama




















Masjid di Kampung




Mercu Tanda Islam















Kenangan Bersama Penduduk



Perjalanan Balik ke Malaysia



Langkah berjaga-jaga, H1N1 kian serius

Harakahdaily
Fri | Jul 10, 09 | 9:37:59 am MYT

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Wabak influenza A (H1N1) semakin serius sehingga kerajaan mencadangkan pemakaian topeng muka jika berkunjung ke tempat sesak, selain mengamalkan "etika batuk" dan menjaga kebersihan diri dan pengudaraan rumah yang baik.

Iklan


Untuk membendung pandemik ini daripada terus menular dan merumitkan lagi wabak sehingga boleh terjadi kematian, kerajaan juga menggalakkan langkah proaktif "merenggangkan diri daripada orang ramai" seperti mengurangkan perjumpaan.

Menurut laporan Serangan wabak influenza A (H1N1) masuk ke tahap baru hari ini dengan wujudnya gejala penularan tempatan yang tidak lagi dapat dikesan puncanya, termasuk di sebuah syarikat di Cyberjaya.

Seramai 12 orang, daripada 24 kes tempatan terbaru, di syarikat swasta itu disahkan diserang wabak, sementara 200 lagi kakitangan di aras yang sama sedang diawasi di pejabat.

"Gejala kejadian bermula antara 4 hingga 8 Julai 2009.

"Punca kejadian kemungkinan berlaku di syarikat berkenaan berdasarkan siasatan mendapati syarikat berkenaan sentiasa menerima pelawat-pelawat dari luar negara," kata menteri kesihatan.

Dalam kenyataan hariannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga berkata 61 kes lagi jangkitan virus wabak selesema itu dikesan, menjadikan jumlah semuanya 574 sejak pertama dikesan Mei lalu.

Sehingga kini jumlah keseluruhan penularan tempatan 159 kes.

Semalam, kementerian mendedahkan perkembangan gejala seakan-akan influenza di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka yang melibatkan 50 orang pelatih dan enam disahkan positif influenza A (H1N1).

"Kesemua 50 pelatih yang yang menunjukkan gejala telah ditempatkan di blok pengasingan dalam kompleks ALAM dan telah diberikan rawatan antivirus, dan kesemuanya dalam keadaan stabil.

"Kesemua pelatih dan anggota ALAM yang tiada gejala telah diletakkan di bawah pengawasan," kenyataan kementerian dipetik.

Liow juga berkata, susulan merebaknya wabak tersebut di syarikat swasta itu dan ALAM, "ini memberi petunjuk awal bahawa terdapat penularan influenza A(H1N1) di dalam komuniti."

"Kementerian Kesihatan perlu membuat persediaan proaktif kepada perkara ini," kata Liow.

"Jika penularan dalam komuniti ini tidak dikawal dengan baik, penularan akan meluas dengan cepat dan akan melibatkan kes-kes yang banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal, kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian."

Liow menyarankan tiga langkah diambil untuk membendung pandemik di Malaysia:

1.Merenggangkan diri daripada orang ramai (social distancing) seperti mengurangkan perjumpaan, mengamalkan "etika batuk", kebersihan tangan dan pengudaraan dalam rumah yang baik.

2.Aktiviti pencegahan dan kawalan seperti ini di kalangan orang awam berkesan untuk memperlahankan penularan penyakit dalam masyarakat.

3.Di tempat kerja termasuk institusi dan sekolah, pemantauan kesihatan perlu diperkukuhkan. Mereka yang bersimptom perlu dikenal pasti dan dilaporkan kepada pejabat kesihatan daerah yang terdekat.

Ketidakhadiran ke tempat kerja yang luar biasa juga perlu dipantau dan kaitannya dengan jangkitan influenza.

Kes-kes yang ringan atau tanpa komplikasi akan dirawat sebagai pesakit luar dan diminta tinggal di rumah.

Mereka diminta untuk mengambil langkah kawalan jangkitan serta melaporkan jika tanda-tanda penyakit bertambah teruk.

Kes-kes yang berisiko tinggi seperti lelah, penyakit respiratori kronik, diabetes mellitus, kegagalan organ, obesiti dan ibu hamil akan dirawat hospital.

Orang ramai juga diminta untuk mengamalkan pemakaian topeng muka jika mengalami gejala influenza, jika mengunjungi ke tempat-tempat yang sesak dan juga jika menghidapi penyakit (co-morbid) dan keadaan yang menyebabkan tahap imuniti yang rendah.

Di pusat-pusat rawatan kesihatan dan perubatan, mereka yang bersimptom perlu diasingkan daripada pesakit biasa.

Rawatan antivirus diutamakan kepada pesakit yang berisiko serta penggunaan alat perlindungan diri kepada pesakit dan pekerja kesihatan.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa mengikuti perkembangan semasa penyakit ini dan maklumat tepat daripada kementerian melalui laman web www.moh.gov.my dan h1n1.moh.gov.my.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian khas influenza A (H1N1) kementerian di 03-88 81 02 00, 03-88 81 03 00, 03-88 83 44 14 dan 03-88 83 44 15 yang beroperasi antara 8 pagi hingga 9 malam setiap hari. - azm _

Monday, July 6, 2009

PASTI Semakin Gah..


1. Hebat ! Alhamdulillah , satu pesta sukan bertaraf nasional . Berjaya dilangsungkan dengan gemilang dan mencapai objektif .

2. Bukan sahaja menerima kunjungan yang luar biasa di Mini Stadium UNISEL Kuala Selangor tetapi juga menerima penyertaan yang cukup memuaskan . Hanya satu negeri yang tidak berkesempatan menyertainya iaitu Sarawak.

3. Saya sempat menyaksikan pertandingan semi final dan final bola sepak PASTI peringkat kebangsaan ini yang akhirnya dimenangi oleh negeri Selangor .

4. Pertandingan diadili oleh pengadil yang berpengalaman dan diiktiraf oleh FIFA . Mereka terdiri dari pengadil negeri Selangor yang terlibat dalam liga super dan liga peringkat negeri Selangor .

5. Walau berorientasikan riadah bagi melahirkan pelajar PASTI yang memiliki jasad yang cerdas dan aqal yang pintar , riadah [ sukan ] mereka bukan sekadar bermain tetapi penuh skil dan gaya sebagai ahli sukan yang profesional . Kebetulan ada seorang dua saya lihat mempunyai gaya permainan mirip Christiano Ronaldo dan Lionel Messi . Kalau jurulatih bola sepak Kebangsaan menyaksikan perlawanan mereka , saya yakin beliau juga akan terpesona melihat bakat - bakat cilik ini .

6. Namun , apa yang penting ialah semangat ukhuwwah , semangat kesukanan , semangat setiakawan , kemesraan , keseronokan , kebahagiaan , keceriaan dan 1001 lagi perasaan yang segar dan mekar berbaur di tengah padang seharian bersama pesta PASTI . Sekaligus mengangkat nama Dewan Pemuda PAS kian harum bersama institusi PASTI yang mula menguasai dunia pendidikan Pra Persekolahan di peringkat nasional .

7. Selepas ini saya cadangkan agar PASTI boleh mengadakan perlawanan persahabatan dengan tadika KEMAS , TABINO , TASKI dan lain - lain pusat pengajian pra persekolahan bagi mengeratkan hubungan dan membawa PASTI lebih jauh ke persada dunia pendidikan negara . Mungkin enggagement melalui aktiviti sukan ini boleh menjadi bibit mula ke arah itu dan secara tidak langsung membawa Dewan Pemuda PAS mendekati semua pihak .

8. Harapnya selepas ini , pesta pidato dan kesenian Islam yang akan dianjurkan pada peringkat PASTI juga akan mencapai kejayaan gemilang dan berjaya melahirkan bakat - bakat baru yang bakal menguasai pula pentas pidato pada masa akan datang guna membawa risalah perjuangan ini kepada ummah .

9. Tahniah sekali saya ucapkan kepada semua warga PASTI yang berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi . Khasnya kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Dewan Pemuda PAS Pusat , En. Azrin Abd Majid yang menunjukkan komitmen tinggi untuk membangunkan cita - cita besar perjuangan Islam ini melewati PASTI yang berada dibawah tanggungjawabnya .

10. Semoga PASTI lebih berjaya selepas ini dan meneroka ruang dan aktiviti yang lebih menarik dan berkesan . Pula berjaya menguasai bidang pengajian dengan lahirnya pelajar - pelajar pintar dan cerdas samaada di peringkat pra persekolahan ataupun di peringkat sekolah rendah . Selamat Maju Jaya dengan iringan keberkatan dari Allah swt . Takbir !



Ini dia pemain ala Christiano Ronaldo sedang disegarkan kaki oleh doktor pakar kojohanan .

Kawalan ketat saff pertahan yang sukar ditembusi lawan . Beginilah kelak mereka akan pertahankan Jamaah Islam ini dari musuh Insyaallah .


Satu gerak lincah yang berjaya memperdayakan goalkeeper sebelum bola ditendang deras ke penjuru kanan gawang gol .

Kalau bukan Profesional , jangan tiru aksi ini kelak kena hamstring .


Pemain Terbaik Kejohanan .

sumber : http://episodeperjuangan.blogspot.com/

pemikul amanah@ anak-muda-bukit mahkota..

assalamualaikum,

Berikut adalah struktur lengkap organisasi pemuda cawangan Bdr Bukit Mahkota sesi 2009-2011

Ketua : Sdr Zulkifli
Setiausaha : Sdr Adnan
AJK : 1) Sdr Hisham Mulot - Pengurus PASTI Ar-Raihan
2) Ust Nasaruddin Awang
3) Sdr Shedi
4) Sdr Azhar
5) Sdr Amrey

Pengurusan PASTI Ar_Raihan sesi 2009-2011

Penasihat 1: Sdr Aidil Misbah
Penasihat 2 : Sdr Zulkifli
Pengurus : Sdr Hisham
Setiausaha : Sdr Fikri
Bendahari : Sdr Noorhisham
AJK P&P : Ust M.Nasir
AJK Tugas Khas : Sdr Ibnu Razin
AJK Keselamatan : Sdr Junaidi

Guru PASTI : (4)
Guru Daycare : (4)
Pembantu guru : (1)
Tukang masak : (1)

Jumlah pelajar : 128

sekian.semoga ukhuwah terjalin erat demi perjuangan islam.

salam hormat,

Ketua JK Pemuda PAS caw Bdr Bukit Mahkota.

Jawatan kosong di Pejabat ADUN Bangi..



Assalamu alaikum wr wb wm.

Tawaran dibuka kepada warga Malaysia yang tinggal di kawasan Serdang untuk jawatan kerani di pejabat ADUN Bangi.

Watak yang dicari ialah seorang lelaki peramah, manis air muka, suka membantu, cergas,sihat dan sedia bekerja lewat dan hujung minggu.
Kelulusan sekurang-kurangnya SPM, fasih berbahasa Malaysia dan Inggeris. Mahir menggunakan PC dengan applikasi pejabat spt wordpro, spreadsheet, powerpoint, internet blog dsbnya.

Sila kemukakan permohonan beserta CV lengkap dengan gambar pasport size yang terkini sebelum 29 Jun 2009 kepada :

YB. Dr Shafie Abu bin Bakar
Pusat Khidmat Masyrakat Bangi
No. 8 Jalan 1/4
43650 Bandar Baru Bangi

Sila tandakan pada sampul surat sebelah kanan bawah :PERMOHONAN JAWATAN KERANI

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

ay
su

“KPI” SESI 2009-2011 : Pemuda PAS kawasan Serdang.



SASARAN MINIMUM “KPI” SESI 2009-2011

RETREAT DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SERDANG

Dusun Eco Resort
v 4 & 5 Julai 2009 bersamaan 11 & 12 Rejab 1430H

RESOLUSI RETREAT

1) TARBIYAH

NO PROGRAM / GERAK KERJA KEKERAPAN / TEMPOH
1 Tamrin Pemuda Kawasan 2 X Setahun
2 Mesyuarat Pemuda Kawasan Minggu 1 setiap bulan
3 Usrah

- Exco Pemuda Kawasan

- Gabungan

- Pemuda Cawangan


Minggu 2 / 4 setiap bulan

Minggu 2 / 4 setiap bulan

Sebulan Sekali

4 Riadah Pemuda Kawasan 6 X Setahun

2) ORGANISASI

NO PROGRAM / GERAK KERJA KEKERAPAN / TEMPOH
1 Cawangan Pemuda LENGKAP AJK
30 Cawangan

1. Tanming Jaya

2. Taman Impian Ehsan

3. Sek. 16

4. Desa Sentosa

5. Batu 6 Bangi

6. Desa Baiduri

7. Jalan 1/3

8. Jalan 1/7

9. Sek. 3 Tambahan

10. Cheras Perdana

11. Sek. 2

12. Sek. 3

13. Sek. 5

14. West Country

2 Program Pemuda Cawangan Setiap 3 bulan sekali mesti diadakan
3 Unit Amal Semua Cawangan mesti ada UA
4 Komunikasi 2 hala (respon) Mesti dibalas (RSVP)
5 PASTI Pemuda cawangan di dalam organisasi PASTI cawangan

2 PASTI baru ditubuhkan di cawangan yang dikendalikan oleh pemuda cawangan


3) HUBUNGAN LUAR (LPN / NGO / BELIA)

NO PROGRAM KEKERAPAN / TEMPOH
1 Program Kebajikan 2 X Setahun
2 Sukan (Futsal, Badminton etc) 3 X Setahun
3 “Open Table” – Wayang Pacak

4) KEWANGAN

NO PROGRAM KEKERAPAN / TEMPOH
1 Infaq Pemuda Berterusan
2 Peruntukan ADUN - SEDUT Berterusan
3 Sasaran kutipan DANA Berterusan