Sunday, April 12, 2009

Analisa kemenangan PAS-PR di Bukit Gantang...






PAS-PR menang di Bukit Gantang. Berbanding PRU 12, PAS mendapat tambahan 1,845 undi (Mac 2008 : 20,015 / April 2009 : 21,860). Majoriti kemenangan juga bertambah 1223 (2008 : 1,566 / 2009 : 2,789). Bukan PAS saja yang mendapat tambahan ungi malah BN juga mendapat tambahan 622 undi berbanding PRU12 (2008 : 18,449 / 2009 : 19071).

Kedua-dua parti mendapat tambahan undi kerana jumlah keluar mengundi meningkat daripada 72.6% (2008) kepada 75.1% (2009). Berbanding jumlah yang diperolehi dalam PRU12, undi PAS meningkat 0.092% manakala undi BN meningkat 0.033%.

Analisis awal oleh Pengarah Jentera PAS bagi PRK059 menyatakan sokongan pengundi Melayu kepada PAS merosot 4% daripada 47% (2008) kepada 43% (2009). Sebaliknya sokongan pengundi bukan Melayu meningkat 11% daripada 64% kepada 75%. Secara relatif, sokongan pengundi Melayu kepada BN meningkat 4% manakala undi bukan Melayu merosot 11%.

Jika peratus keluar mengundi mengikut bangsa dikira bersamaan dengan peratus keluar mengundi keseluruhan maka jumlah pengundi Melayu yang keluar mengundi ialah 26,364 manakala 15,295 pengundi bukan Melayu keluar menunaikan tanggungjawab.

43% Melayu undi PAS : 11,337
57% Melayu undi BN : 15,027

75% bukan Melayu undi PAS : 11,471
25% bukan Melayu undi BN : 3,824

Jika diguna-pakai angka seperti di atas, PAS memperolehi 22,808 undi manakala BN memperolehi 18,851 undi. Jumlah ini berbeza dengan angka sebenar yang diperolehi oleh kedua-dua parti. Ini bermakna peratus keluar mengundi mengikut bangsa sebenarnya tidak bersamaan dengan peratus keluar mengundi keseluruhan.

Di sebalik angka-angka tersebut ada beberapa perkara yang menjadi petunjuk berguna kepada Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Mood rakyat masih kekal seperti kejutan yang berlaku pada 8 Mac 2008. Dalam tempoh setahun selepas tsunami itu, peralihan sokongan kembali kepada BN belum berlaku. Tambahan 622 undi BN pada 7 April 2009 datang daripada pengundi UMNO yang memboikot PRU 12 kerana isu calon luar. Kebanyakan daripada 1845 tambahan undi PAS diperolehi daripada pengundi Cina yang beralih sikap selepas melihat keprihatinan kerajaan Pakatan Rakyat Perak selama 10 bulan. Di sebalik tambahan sokongan pengundi Cina yang diulas oleh banyak pihak, sebenarnya undi PAS di kawasan Melayu tidak merosot. Cuma di kampung-kampung Melayu itu, peningkatan undi BN lebih banyak daripada peningkatan undi PAS.

Bolehkah dirumuskan secara pasti bahawa sokongan pengundi Melayu kepada PAS-PR merosot berbanding PRU13? Bolehkah dikatakan secara pasti bahawa kemerosotan itu berkadar 4%? Bolehkah dikatakan secara pasti bahawa undi itu beralih kepada BN?

Siasatan oleh team cBr7 mengesahkan tidak berlaku peralihan undi daripada PAS kepada BN. Kemerosotan undi PAS hanya berlaku di 4 daerah mengundi (pengundi Melayu 85% ke atas) pada kadar purata 2.19%. Siasatan mendapati kemerosotan itu disebabkan pengundi PAS yang bekerja di luar kawasan tidak dapat balik mengundi kerana gagal mendapat cuti daripada majikan. Faktor hari pengundian yang ditetapkan pada hari Selasa menjadi penyebab utama kegagalan hadir pengundi-pengundi ini. 9 daripada 10 pengundi luar yang tak dapat balik mengundi itu bekerja di Lembah Kelang dan Johor.

BN mendapat tambahan undi di 8 daerah mengundi pada kadar purata 3.72%. Tambahan itu datang daripada pengundi BN yang tidak mengundi pada PRU12 kerana memprotes pemilihan calon BN yang didatangkan dari luar Bukit Gantang (Abdul Azim Zabidi).

Peralihan paling besar yang berlaku dalam PRK 7 April ialah peralihan undi BN kepada PAS di kalangan pengundi Cina melibatkan antara 1,200 ke 1,300 undi. Baki tambahan antara 500 ke 600 undi PAS datang daripada pengundi Melayu di 9 daerah mengundi yang nisbah bangsanya hampir sama.

Oleh itu dakwaan UMNO kononnya pengundi Melayu telah beralih menyokong BN kerana tidak merestui pendirian PR berhubung krisis peralihan kuasa dan bimbangkan nasib orang Melayu di bawah pentadbiran kerajaan PR adalah tidak berasas dan hanya gimik politik.

sumber : http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/2009/04/analisis-keputusan-prk-bukit-gantang.html

Berita : PAS gesa MB Terengganu bubar DUN selesai masalah dalaman




KUALA TERENGGANU:
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said digesa supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri untuk mengelakkan kebuntuan seperti yang berlaku di Perak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok dari PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, Ahmad perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikan krisis yang wujud antara wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dengan membubarkan DUN bermula hari ini.

Jelas beliau, Menteri Besar itu perlu bertindak bagi mengelakkan daripada berlakunya krisis perlembagaan berikutan sokongan yang semakin menurun terhadapnya oleh ADUN BN sendiri.

Syed Azman berkata demikian bagi mengulas spekulasi yang disebarkan bahawa ADUN BN akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad pada persidangan DUN yang bermula hari ini.

Persidangan DUN Terengganu yang berlangsung sehingga Rabu ini akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Kelmarin Ahmad mengingatkan kepada mana-mana wakil rakyat BN yang cuba untuk membawa usul sedemikian bakal berhadapan dengan tindakan disiplin termasuk akan dipecat.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu menyifatkan usul sedemikian boleh menjejaskan kepimpinan BN di peringkat negeri.

Syed Azman bagaimanapun beranggapan bahawa keadaan ini mencerminkan kepimpinan Ahmad selaku Menteri Besar bukan sahaja tidak disukai oleh barisan pembangkang di negeri itu, malah oleh barisan kepimpinannya sendiri.

Tambah Syed Azman, oleh yang demikian Ahmad perlu menerima hasrat yang disampaikan oleh wakil rakyat BN dengan membubarkan DUN.

Difahamkan juga empat wakil rakyat BN telah berada di Kuala Lumpur untuk menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bagi menyuarakan hasrat mereka.

Namun usaha untuk menghubungi keempat-empat mereka gagal.

Sumber ; M-star online


Tahniah & Syabas kepimpinan DPPKS sesi 2009-2011..



Salam ukhuwwah,

1.Alhamdullilah, bersyukur kita kehadrat Illahi diatas perjalanan lancar mesyuarat agung ke-22 dppks semalam.(12/4/2009).Tahniah & syabas kepada semua yang terlibat khususnya saf kepimpinan pemuda sesi 2009-2011 yang diterajui oleh Sdr Adram Musa.Tak lupa juga penghargaan diatas khidmat bakti saf kepimpinan lama diketuai oleh Sdr Mazwan Johar.

2)Diharapkan agar kepimpinan baru dilantik dapat berikan tunjuk ajar kepada kami diperingkat cawangan ini.
Usahakanlah agar kami didekati & permasalahan kami didengari.
Tanpa dokongan pimpinan kemana hala tuju cawagan ini di kemudian hari..
sama-sama kita muhasabah mencari kelemahan & memperbaiki diri,.
Insya-allah, kami berdiri teguh bersama-sama didalam perjuangan ini..

Takbir !!Allahu Akbar,