Tuesday, September 29, 2009

Zulkefly Mohamad Omar calon Pakatan Rakyat PRK Bagan Pinang

Hamdan MS & Nazri Abdullah
Tue | Sep 29, 09 | 10:50:36 pm MYT
TELUK KEMANG, 29 Sept : Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang.



Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu 9 Teluk Kemang sebentar tadi.

Zulkefly bakal berdepan calon Barisan Nasional dari Umno, Tan Sri Isa Samad yang diumum Umno petang tadi.

Dengan pengumuman itu, Isa yang terpalit dengan beberapa kes rasuah dan salah guna kuasa dilihat berdepan laluan sukar menentang Zulkefly yang dilihat serba serbi bersih rekodnya.

Presiden PAS, dalam pada itu menyifatkan pemilihan Zulkefly adalah calon yang tepat mewakili rakyat Malaysia, rakyat Negeri Sembilan malah lebih penting calon terbaik Pakatan Rakyat.

Image(Gambar:Zulkefly (tengah) dijulang oleh para pimpinan utama Pakatan Rakyat dalam majlis pengumuman calon di Pejabat Induk DAP, Batu 9, Telok Kemang malam tadi)

Lebih 2,000 orang penyokong Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan pada majlis pengumuman gilang gemilang sebentar tadi termasuk mereka dari luar negeri ini.

Mengiringi pengumuman tersebut tembakan bunga api yang menerangi seluruh kawasan perkarangan majlis tersebut.

Turut berucap pada majlis tersebut Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali.

Hadir sama kesemua pimpinan tertinggi kesemua parti dalam Pakatan Rakyat.

Antaranya dari PAS, Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali serta pimpinan PAS Negeri Sembilan.

Zulkefly merupakan lulusan Master Sains(UPM) dan Ijazah Komunikasi (UiTM) juga seorang ahli perniagaan. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sejak 2007 lagi.

Selain daripada itu, Zulkefly adalah seorang pengurus profesional yang mampu mengangkat umat dan bangsa.

Beliau dijangka akan menaikkan maruah orang Melayu di kawasan Bagan Pinang.

PAS Negeri Sembilan sebelum ini mencadangkan tiga nama kepada kepimpinan pusat, iaitu Zulkefly sendiri, Yang Dipertua PAS Teluk Kemang yang juga calon sebelum ini, Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir.

Pilihan raya ini dijangka menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Umno dan PAS.

Penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 3 Oktober dan pengundian pada Ahad, 11 Oktober.

Image(Gambar:Zulkefly dan Isa bertemu di tanah perkuburan Bagan Pinang ketika memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Azman. Turut serta adalah Datuk Husam Musa, AJK PAS Pusat)

Pilihan raya kecil Bagan Pinang diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya daripada BN, Azman Mohammad Noor pada 4 September lalu.

Isu pengundi pos, sebanyak 4,600 daripada 14,192 pengundi menjadi perhatian dalam pilihan raya ini, dengan PAS menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan calon PAS menemui pengundi pos terbabit dan menjaga kerahsiaan identiti mereka ketika membuang undi.

Bagan Pinang penting kepada kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN. Pakatan mahu meneruskan momentum kemenangan manakala BN mahu menang untuk membina kembali moral yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum ke-12.

Biodata lengkap calon PAS ini adalah seperti berikut:

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR

PROFESION: AHLI PERNIAGAAN

UMUR: 45 TAHUN

TARIKH LAHIR: 14/5/1964

KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)

NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI

ANAK:6 ORANG

AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN

FARAH WAHIDAH 18 TAHUN

MOHAMAD FADLI 14 TAHUN

MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN

FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN

MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)

TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)

SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)

EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)

PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)

TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)

KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)

BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:

1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA

2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:

1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.

2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.

3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.

4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.

5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.

6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA. _

Monday, September 28, 2009

Blog PAS Bdr Seri Putra...Ahlan wa salan

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

Sila fowardkan kepada ahli-ahli PAS Bdr Seri Putra,

PAS Bdr Seri Putra telah berjaya memiliki blog dan Yahoo Groups bagi penyebaran maklumat terkini.

Alamat Blog : http://passeriputra.blogspot.com/

Bagi memudahkan penyaluran maklumat melalui email sila daftar sebagai ahli di yahoo groups dengan menghantar email ke :
passeriputra-subscribe@yahoogroups.com

(Keahlian adalah bagi ahli PAS Bdr Seri Putra sahaja dimana keahlian perlu memperolehi kelulusan oleh moderator)

Untuk daftar online : http://asia.groups.yahoo.com/group/passeriputra/

Untuk menghantar email kepada groups : passeriputra@yahoogroups.com

Untuk Maklumat lanjut sila hubungi Engku Faizal di : engkufaizal@yahoo.com

Semuga memberi manafaat.

Terima Kasih

Bagan Pinang: Berjuang untuk Islam - Mursyidul Am


Mohd Nor Yahya
Tue | Sep 29, 09 | 5:49:00 am MYT

GUA MUSANG, 29 Sept: Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi pesanan kepada semua petugas parti PAS yang akan dan sedang bertungkus lumus di Dun Bagan Pinang agar berjuang untuk menegakkan agama Islam bukan untuk parti PAS semata-mata.




Beliau berharap walaupun Bagan Pinang sebelum ini adalah milik umno-BN,tetapi ia tidak mustahil akan beralih kepada PAS berdasarkan senario politik semasa yang berlaku sekarang ini.

"Kini kita tengok sudah banyak PRK yang berlaku dan Alhamdullillah berpihak kepada Pakatan Rakyat dan sebelum ini di Parlimen Kuala Terengganu walaupun milik umno tetapi PAS berjaya mengambil alih dan ini adalah berkat kerjasama Pakatan Rakyat,"katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan Jubli Perak Maahad Muhammadi Gua Musang semalam,turut hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam,Pendidikan dan Dakwah,Dato Mohd Amar Nik Abdullah.

"Penglibatan orang Islam tidak kira piliharaya umum maupun kecil,seharusnya diajar berjuang untuk Islam bukannya parti kerana kalau berjuang kerana parti,lepas sahaja pilihanraya kita hanya ada dua iaitu menang atau kalah, tetapi kalau berjuang kerana Islam ia melibatkan Syurga atau Neraka,"katanya lagi.

Sebelum itu, beliau menyeru warga di Gua Musang agar menjadikan sumbangan derma kepada tempat-tempat yang berfaedah diteruskan sepanjang masa.

"Kita orang Islam seharusnya menyediakan sebanyak mungkin bekalan pahala untuk digunakan di akhirat nanti,caranya mudah sahaja iaitu salurkan wang ringgit ke tempat-tempat yang membawa kebaikan seperti pembinaan masjid,asrama sekolah untuk anak-anak kita dan sedekah,"ujar beliau.

Maahad Muhammadi Gua Musang yang sudah menjangkau usia 25 tahun menyambut jubli peraknya tahun ini mempunyai seramai 840 pelajar dengan guru seramai 52 orang kini memerlukan sumbangan derma dari orang ramai untuk membina sebuah asrama bagi menempatkan pelajar terutamanya dalam aliran tahfiz.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan derma ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad,nombor akaun : 03-063-01-000330-5. - mks. _

Lebih molek ialah kita bersangka baik, bermaaf2an di Aidilfitri ini



salam aidilfitri...

terima kasih diatas penjelasan & nasihat yang diberikan.Insya-allah anakmuda-bukitmahkota akan memperbaiki kelemahan yang ada di masa akan datang

*********************************************************************************
Salam.

Terima kasih pd anakmuda-bukitmahkota yg tak jemu2 menghidangkan kita dgn artikel2 terbaru.

Ana cuma nak refer pd artikel msomelayu spt dibawah. Walaupun secara umumnya ia menceritakan peristiwa yg berlaku pd hari tu, tetapi maaflah sbb dirasakan ada beberapa ayat yg ana rasa kurang selesa utk diceritakan perkara2 yg tak perlu terutama dlm blog.

Contohnya ialah bila dinyatakan "Walaupun 'dipulau' namun tetap meriah. Jenguk situ jenguk sini sambil bertanya, jelas tidak ada seorang pun pemimpin bawahan yang datang kecuali Ustaz Bakar Chik, Ustaz Abdul Ghani Shamusdin yang berada di meja orang biasa dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Haron Din berada di meja VVIP."

Ayat spt ini buleh membuka persoalan lain sebenarnya ... i.e. mungkin akan ada yg bertanya, nape TG Presiden tak mai, Naib Presiden yg lain mana pi, DSAI, Husam, Dr Hassan Ali, dan pimpinan2 lain?

Yg ana dimaklum oleh ust nasa masa dibriefing utk tugasan u.amal pd pagi ahad tu, mmg ustaz ada mention, mmg niat asalnya nak buat kecik je ... tp mungkin sbb response yg nak datang tu ramai, maka jadilah ianya besar mcm kenduri kahwin.

Bagi ana, yg penting ialah pimpinan2 sekitar tak kiralah samada d peringkat bawahan atau atasan telah hadir dan ana tak fikirlah dan expect semuanya buleh hadir atas sbb2 yg tak dpt dielakkan. Lebih molek ialah kita bersangka baik, bermaaf2an di bulan baik ni, dan tak perlulah nak timbulkan cerita 'dipulau', dsb.

Cukup2lah dgn politicking ... jgn sampai org nampak kita cakap je berdegar2, tapi tak buleh nak 'deliver'. Nanti ada pulak yg baling kasut kat kite... Fikir2kanlah

Kpd geng2 u. amal yg membantu terutama dr kaw. Serdang, cawangan & adik2 KawanDidik, tahniah kpd antum semua ... semoga titik peluh yg menitis dikira sbg amal baik disisi Allah SWT ... amin

Selamat kembali bertugas....


SESAK... Keadaan di plaza tol Lebuh Raya Cheras menghala ke Petaling Jaya sesak setelah warga kota kembali bekerja selepas bercuti selama seminggu sempena cuti Hari Raya Aidilfitri minggu lalu. Tinjauan mendapati keadaan jalan raya utama seperti Lebuh Raya Persekutuan, Jalan Tun Razak, Lebuh Raya Mahameru, Jalan Sungai Besi dan Jalan Duta kembali sesak kerana warganya kembali bekerja seperti biasa di sini, hari ini. --fotoBERNAMA

Muhasabah...Suburkan budaya tegur-menegur



KENYATAAN MEDIA
DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR/ PESURUHJAYA PAS SELANGOR

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa selaku ahli EXCO kerajaan negeri Selangor serta Pesuruhjaya PAS Negeri, saya menyokong penuh obejektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Walaubagaimanapun ekoran siasatan awam yang dilakukan baru-baru ini khasnya yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri ternyata SELCAT perlu mengkaji semula prosedur serta teknik penyiasatan yang dilakukan.

Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.

Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.

Oleh itu dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar segera diadakan petemuan antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO dengan SELCAT bagi membincangkan segala pandangan, hujah dan dakwaan terhadap para pegawai kanan kerajaan negeri yang telah dipanggil SELCAT. Selepas itu perlu disusuli dengan rundingan tiga penjuru antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO serta SELCAT dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terbabit demi menjernihkan suasana.

Sesungguhnya pentadbiran negeri tidak mampu berfungsi dengan baik seandainya tidak wujud suasana harmoni antara ketiga-tiga pihak ini.

Sesuai dengan semangat Hari Raya Idul Fitri saya merasakan sangat molek diadakan satu majlis ramah mesra dalam susana yang informal untuk membolehkan ketiga-tiga pihak ini berinteraksi dan berkomunikasi dalam susana kesetiakawanan dan mahabah.

Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali berniat untuk menjejaskan pentadbiran kerajann negeri, sebaliknya pandangan yang diberikan adalah demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri bagi menjamin kerjasama erat diantara penggubal dasar dan pihak yg melaksanakannya. Saya yakin dengan pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan ini, insyallah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadi bertambah kukuh dan dihormati rakyat.

Sehubungan dengan itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan SELCAT dirombak dan dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan. Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.


23 Sept, 2009

Sunday, September 27, 2009

Rumah terbuka Timbalan Presiden PAS..eratkan silaturrahim.



Ahad,27-09-2009 : Alhamdullilah, anakmuda@bukitmahkota bersama-sama dengan Unit Amal PAS Kawasan Serdang telah sama-sama bertugas mengawal keselamatan & lalu lintas di majlis rumah terbuka Ust Nasaruddin Mat Isa di Banyan Close,Bdr Bukit Mahkota. Ramai juga pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir termasuk juga wakil media daripada RTM & TV3. Banyak gerai yang ada termasuklah kambing panggang, roti canai terbang,sate, rendang & banyak lagi juadah raya dijamu.Suasana muhibah & silaturrahim terjalin sempena majlis tersebut.

Selamat Aidilfitri daripada anakmuda@bukitmahkota..Maaf Zahir & batin.