Wednesday, July 22, 2009

Peringatan : kemaskini egroup DPPKS sebelum 31 Julai 2009


Salam,

Mesyuarat Exco pada 16 Julai 2009 telah memutuskan dengan tegas untuk mengemaskini semula email pemuda Serdang untuk memastikan egroup pemuda ini betul-betul selamat dari segi penyebaran sumber maklumat daripada Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang maka ahli pemuda yg berada di Serdang sahaja akan dibenarkan dan diluar kawasan tidak dibenarkan.

Ahli pemuda Serdang juga tidak sekali-kali menfowardkan segala dokumen-dokumen kepada ahli yang bukan Ahli Pemuda PAS Serdang.
Untuk itu,pemilik email yang ada acces egroup ini diminta reply semula dengan menyatakan Nama, Alamat Rumah, Cawangan,dan No Tel sebelum 31 Julai 2009.Email yang tidak reply akan didelete dlm egroup dppkserdang.Please Reply to e_faizan@yahoo.com

Kerjasama Saudara adalah amat diharapkan.

Sekian.

Yang benar,

Engku Faizan
Lajnah IT Pemuda Serdang.

Sambutan Ulangtahun Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra



Assalamu alaikum wr wb wm.

Program: Sambutan Ulangtahun Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra
Tarikh: 17 Sya'ban 1430 / 8 Ogos 2009
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 pagi - 9.00 malam
Penganjur : JK Surau dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Impian Putra, Bangi

Antara aktiviti:
1. Pameran dan perkhidmatan kaunter Syarikat PNB, Takaful Ikhlas, Maybank, AKPK, SPRM, Bomba, Polis dan lain-lain.
2. Taklimat perancangan kewangan dari PNB, ceramah oleh pihak Takaful Ikhlas dan Amanah Raya Berhad, ceramah kesihatan, ceramah motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah dan ceramah ugama.
3. Gerai jualan dan sebagainya.

Bayaran tapak gerai RM15.00 sebagai sumbangan kepada tabung surau. (Sila berhubung dengan En Abd Rashid Mohamad Tel 019-384 6522 jika berminat)

Semua dijemput hadir.

Syor JK Masjid BSP dan JK KOJIRA buka kaunter untuk kutip sumbangan tabung masjid dan pendaftaran ahli koperasi.

Sekian wassalam.

Majlis Bacaan Yassin & Tahlil



Assalamualaikum wbt.
Tuan-tuan dijemput hadir ke Majlis Bacaan Yassin Cawangan PAS Putra Mahkota dan Tahlil utk. arwah Hj. Din (kedai buku) pada :
Tarikh : 23/7/2009 (Khamis)
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat PAS, Putra Mahkota
Jamuan Makan disediakan.
jzklh.

Pelajar PASTI Terbukti Bagus

Gombak: Pelajar-pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTII) telah membuktikan kecemerlangan di dalam akademik apabila mombolot hadiah-hadiah utama di dalam acara CEPAT MEMBACA RUMI.

Di dalam acara tersebut, para pelajar PASTI berjaya menggondol kemenangan di di tempat pertama, kedua dan ketiga.

Acara anjuran Perpustakaan Daerah Gombak ini adalah sempena Program Gerakan Membaca bagi Daerah Gombak yang sedang berlansung.

Di dalam pertandingan tersebut, pelajar-pelajar PASTI menunjukkan kelancaran mereka membaca sekaligus menewaskan peserta-peserta daripada tadika-tadika lain di dalam daerah Gombak.

Penganjur program telah menjemput semua tadika di dalam daerah Gombak untuk menyertai pertandingan tersebut.

”Inilah hasil kesungguhan dan Itiqamah guru-guru PASTI dalam mendidik anak-anak. Jika diberi peluang, Insya Allah Pasti boleh memberikan persembahan yang terbaik kepada masyarakat” kata Sdra Azizul Abu Bakar, Timbalan Pengerusi PASTI Gombak yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Gombak.

Menurut beliau juga, kesemua pelajar PASTI yang mengambil bahagian di dalam acara tersebut, berjaya teks yang diberikan oleh pengadil dengan lancar dan tidak teragak-agak jika dibandingkan dengan peserta-peserta lain.

Difahamkan, Tadika Kemas yang menjadi asuhan Umno tidak lansung menghantar wakil ke pertandingan sekaligus.

Mungkin mereka mengetahui sekiranya mereka menghantar pun peserta ke program tersebut, mereka tidak akan mampu bersaing dengan peserta-peserta PASTI.

Gambar Hiasan

Krew PemudaGombak.com Tahniah kepada para pelajar PASTI yang telah menggondol ketiga-tiga hadiah utama pertandingan tersebut. Juga tidak ketinggalan kepada para guru-guru PASTI yang selama ini tidak kenal erti putus asa untuk mendidik dan membimbing anak-anak PASTI sehingga ke peringkat ini.

Semoga ia membuka mata masyarakat tentang kualiti pelajar-pelajar PASTI yang selama ini jarang-jarang didedahkan.

Ia telah membuktikan kepada masyarakat bahawasanya selama ini PASTI mampu melahirkan generasi yang berkualiti dan berdaya saing dalam menghadapi masa hadapan yang penuh dengan pancaroba.

www.PemudaGombak.com

SUKAN PASTI : JIKA DIGABUNG PASTI LEBIH MERIAH

Wednesday, July 22, 2009






Bulan Julai adalah bulan sukan. Pelbagai pihak cuba mengadakan aktiviti sukan bagi memberi ruang Ramadhan yang bakal tiba. 3 PASTI di Bangi mengadakan acara sukan tahunan. Pasti As-Syakirin Kajang Utama bergabung bersama Pasti Jasmin bersukan di Padang Awam Taman Jasmin. Pasti Ar-Raudah pula bersukan ditempat mereka sendiri di Seksyen 5. YB. Dr. Shafie perlu merasmikan dua program yang sama dalam julat masa yang sama tetapi berlainan tempat. Barangkali cadangan dari YB. Dr. Shafie agar pasti-pasti bergabung dan mengadakan acara sukan di tempat yang lebih besar seperti di stadium perlu difikirkan kepada pengurusan pasti agar program sukan yang dijalankan lebih tersusun dan lebih meriah. Pelbagai manfaat akan diperolehi melalui PAKATAN.

Tuesday, July 14, 2009

Biodata Rasullulah...




Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


BIODATA RASULULLAH SAW


· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


USIA 5 TAHUN


· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


USIA 6 TAHUN


· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN


· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN


· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN


· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN


· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


USIA 40 TAHUN


· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


USIA 53 TAHUN


· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN


· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW


§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW


1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '


ANAK TIRI RASULULLAH SAW


Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza



BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.
Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. - Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. - Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.


KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

NB:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Mari kempen anakmuda dekati PAS...





Pengundi muda MU tolak PAS



Salah satu punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran menyokong BN, kata Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

"Saluran (mengundi) orang tua menyokong kita, manakala saluran yang ramai muda, kita gagal di situ," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai semalam, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang tipis untuk mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 65 undi sahaja.

Beliau mendapat 5, 348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN.

"Sikap politik orang muda tidak sama dengan sikap politik orang tua yang menyokong PAS," katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS Kelantan akan membuat penilaian untuk mengkaji mengapa wujudnya sikap tidak menentu di kalangan pengundi muda, termasuk di Manek Urai.

Difahamkan, BN memang di lima daripada sembilan pusat pengundian, iaitu Temalir, Laloh, Manek Urai Baru, Manek Urai Lama dan Manjor.

Manakala PAS pula menang di Lata Rek, Peria, Chuchuh Puteri dan Sungai Sok.

Dalam pilihanraya umum tahun lalu, PAS menang di semua pusat pengundian, kecuali di Manjor.