Wan Nik Wan Yussof Wed | Oct 21, 09 | 2:34:55 pm MYT | |||||||
ANALISA Hari ini, Rabu, 21 Oktober 2009 adalah ulang tahun ke-19 pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulamak.
Sekaligus mengesahkan telah 19 tahun Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan. Ia juga adalah ulang tahun ke-19 bagi pelaksanaan slogan Membangun Bersama Islam yang dijadikan panduan perancangan pembangunan negeri. Ia satu slogan yang mendahulukan nilai-nilai ad-din di dalam memenuhi harapan rakyat. Ini juga bermakna, selama 19 tahun prinsip pentadbiran berteraskan ubudiah, masuliah dan itqan telah dijadikan amalan oleh seluruh agensi kerajaan negeri Kelantan. Maka, selayaknya telah berlaku kesan nyata daripada perancangan dan pelaksanaan ke atas tiga aspek perjalanan kerajaan negeri � falsafah kepimpinan, slogan dan prinsip pentadbiran � sekaligus menobatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai menteri besar yang ulung menerajui eksekutif kerajaan negeri. Justeru itu, sempena mengingati ulang tahun ke-19, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menerajui kepimpinan ulamak mentadbir negeri Kelantan, semua laluan sejarah lepas sewajarnya dijadikan pengalaman, demi menyongsong kejayaan untuk dinikmati oleh generasi akan datang. Pengorbanan untuk generasi muda Laluan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak menjawat Ketua Ulamak PAS Pusat dan kini selaku Mursyidul Am PAS amatlah terukir indah di setiap wajah rakyat Kelantan. Justeru itu, ilmu agama yang ada di dadanya sentiasa dicurahkan kepada rakyat Kelantan menerusi kuliah pagi Jumaat, khutbah Jumaat dan ceramah yang segar serta tulisan yang tercetak. Atas kapasiti keilmuan yang dicurahkan dan ratusan ribu rakyat menelaah ilmunya, layaklah rakyat menobatkan menteri besar yang mengemudi kepimpinan ulamak itu adalah seorang ulamak sebenar bergelar 'Tuan Guru'. Kerana di sebalik itu, cukup ramai individu ulamak yang kaya ilmu agamanya, tetapi loket di dalam mencurahkan ilmunya untuk diraih oleh rakyat. Justeru itu, tidak mungkin ditemui dalam dekad ini menteri besar seumpama menteri besar Kelantan. Sesungguhnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah 19 tahun bergelar 'Yang Amat Berhormat Tuan Guru Menteri Besar' yang sentiasa mengorbankan ilmunya untuk rakyat. Inilah wajah kepimpinan ulamak yang dipaparkan kepada generasi rakyat Kelantan hari ini. Mudah-mudahan �ilmu tuan guru� bakal membina generasi muda masa kini untuk mencipta kejayaan masa depannya. Berkat taburan ilmu itu, kini Kelantan bukanlah negeri yang terpinggir dengan isu-isu pembangunan. Daripada ilmu yang ditaburkan, Kelantan sudah menjadi negeri yang seiringan dengan negeri lain dari segi pembangunan fizikal dan rohani. Meskipun, masih ada tohmahan dan cakap-cakap sinis kononnya Kelantan adalah negeri termundur dan ketinggalan dari segi pembangunan sosio-ekonomi, namun kualiti hidup rakyatnya sudah menjawab dengan tepat bahawa kesemua tohmahan itu adalah cakap politik yang berniat memburuk-buruk keupayaan kepimpinan ulamak sejak Tuan Guru Nik Abdul Aziz dilantik menteri besar. Justeru itu, kepimpinan ulamak era Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah menobatkan (establishment) 20 nilai pembangunan negeri Kelantan seperti mana berikut: 1. sifat cakna rakyat penuh berkebajikan, 2. bangunan pejabat dan gudang bertambah dan tersergam, 3. prasarana kesejahteraan awam tersirat kukuh, 4. ladang getah dan kelapa sawit luas menghijau, 5. sawah bendang menguning setiap musim, 6. hutan dan lurah sedia ditereskan, 7. kadar kemiskinan menjunam turun, 8. kuasa beli rakyat mampu menyara survival pasaraya, 9. pertambahan kenderaan bersimpang siur, 10. taman perumahan melebar ke serata negeri, 11. bandar lama dan baru makin berkembang, 12. kehadiran pelancong terus melonjak, 13. pesta, ekspo dan karnival terlaksana setiap tahun, 14. gaji kakitangan awam tidak pernah dikurang, 15. pendidikan Islam terbaik dan pelajar cemerlang terserlah setiap tahun 16. kolej, universiti dan sekolah bestari makin bertambah bilangan 17. kilang dan produknya terus beroperasi melonjak peluang ekonomi 18. perancangan pembangunan sentiasa berlaku 19. punca hasil baru terus diterokai 20. baki hutang kerajaan dahulu sudah terlunas. Kesemua nilai pembangunan dinyatakan di atas adalah ukuran mutlak bagi mengiktiraf betapa pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dan sosial sudah berlaku dan tidak terpinggir. Oleh kerana itu, negeri Kelantan sepanjang 19 tahun di bawah kuasa politik PAS telah melakukan yang terbaik untuk rakyat Kelantan. Di atas 20 establishment itu, amatlah tidak adil untuk meletakkan status pembangunan negeri Kelantan sebagai negeri mundur. Maka, sempena ulang tahun ke-19 kepimpinan ulamak mengurus-tadbir kerajaan negeri Kelantan ini, diharapkan bersama-samalah kita dapat membuka mata dan telinga untuk menerima realiti, betapa negeri Kelantan hari ini adalah sebuah negeri yang sudah jauh maju setanding dengan negeri-negeri lain di negara ini. -------------- Penulis adalah Pengarah, Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan. _ |
Thursday, October 22, 2009
Hari ini Nik Aziz 19 tahun mentadbir Kelantan
Monday, October 12, 2009
Pilihan Raya Kecil: Kalah atau Menang – Undi Pos Tetap Mencurigakan
Oleh Suhaizan Bin Kaiat
Walaupun PAS kalah dalam Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang dan kita sedar berlakunya perubahan mood pengundi di Bagan Pinang tetapi saya tetap akan dedahkan ruang-ruang manipulasi yang terdapat dalam undi pos dan kesan-kesannya.


Fakta 1 :
PAS mendapat 0 di peti undi 14, 15 dan 16. Peti undi ini adalah datang daripada MINDF. Rujuk Table 1. Jika dibandingkan dengan peti-peti yang lain, peti 14,15 dan 16 cukup pelik kerana PAS dapat 0. Pengundi-pengundi ini adalah mereka yang dalam proses pencen(peralihan). Kebanyakkan mereka mengikuti latihan persediaan untuk pencen. Mereka adalah golongan kritikel. Mereka boleh menyokong PAS kerana mereka hampir bebas daripada ikatan tugas sebagai seorang tentera. Mungkin kerana itu undi mereka perlu diletakkan di MINDF. Saya penuh percaya kebanyakkan mereka tidak mengundi.
Persoalannya jika mereka tidak mengundi mengapa PAS dapat 0 dan BN dapat 881? Apakah munasabah anggota tentera yang dalam proses pencen tidak langsung mengundi PAS? Jawapannya mudah peristiwa Pak Abu Kassim yang telah mengaku memangkah undi-undi anggota tentera semasa berkhidmat mungkin telah berlaku sekali lagi. Pengakuan ini dibuat pada 28.09.2009 dihadapan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz..
Fakta 2 :
Jika dilihat daripada 3 pilihan raya iaitu tahun 2004, 2008 dan 2009 maka pencapaian PAS dalam undi pos dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang 2009 adalah yang terburuk iaitu 14.41 % dibandingkan dengan 26.28%(2008) dan 31.38%(2009). Rujuk Table 2.
Persoalannya mengapa keadaan ini terjadi sedangkan kawalan dan tekanan daripada PAS sangat kuat dibuat dalam PRK kali ini? Antara usaha-usaha PAS terhadap undi pos adalah dua kali pertemuan dengan SPR, dua kali laporan polis, dua kali bantahan, 5 kali sidang akhbar, kawalan 24 jam di tempat penyimpanan kerta undi pos dan latihan intensif kepada ejen pengundian pos.
Jawapannya adalah mudah. Manipulator mempunyai undi sebanyak 2,911 untuk di manipulasi termasuk 930 daripada MINDF. Kertas undi ini adalah kertas undi yang seharusnya di pos kepada pengundi-pengundi pos. Berkemungkinan peristiwa Pak Abu Kassim berlaku di MINDF. Semakin PAS kuat menekan SPR maka semakin terancam manipulator. Maka semakin kemas dan kuatlah usaha manipulator untuk mempastikan calon mereka menang.
Fakta 3 :
Semasa proses pengundian pada 8hb, 9hb dan 10hb Oktober 2009. Pihak Kem telah menggunakan daftar pemilih yang tidak sah seperti yang dikeluarkan oleh SPR. Terdapat banyak perbezaan dalam daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Kem
Berikut adalah perbezaan yang terdapat pada daftar pemilih tentera :
1. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor siri pengundi pos yang sebenar seperti yang dikeluarkan oleh daftar pemilih SPR.
2. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor identiti isteri pengundi pos
3. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor lokaliti pengundi pos.
4. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor kad pengenalan lama isteri pengundi pos.
Pengunaan daftar pemilih tentera yang berbeza dengan daftar pemilih SPR telah menyebabkan ejen pengundian pos calon PAS :
1. Tidak boleh mengesahkan identiti pengundi pos semasa mereka datang mengundi.
2. Tidak boleh mengesahkan bilangan keseluruhan pengundi pos.
3. Tidak boleh mengesahkan bilangan sebenar pengundi yang telah hadir.
4. Tidak boleh mengesahkan bilangan sebenar pengundi pos yang tidak hadir.
5. Tidak boleh mengesahkan pengundi pos yang meragukan.
Perbuatan di atas adalah menyalahi Peraturan 14A Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang menyatakan bahawa:
“Daftar pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan hendaklah merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pengurus dan ketua tempat mengundi sesuatu tempat mengundi pada hari mengundi.”
Yang lebih menarik lagi pihak kem tidak membenarkan ejen-ejen PAS mendapat salinan daftar pemilih mereka ini. Jadi apakah tugas ejen PAS selain menjadi Patung Pilihan Raya.
Fakta 4 :
Pada 7hb Oktober 2009 suatu pertemuan telah diadakan di SPR. Empat orang wakil PAS adalah Dato Mustafa Ali, Dato Halim Abd Rahman, saya dan Sdr. Mozaid telah bertemu dengan SPR dari jam 3 – 5 ptg. Kami telah membantah 253 Pengundi Pos yang mempunyai 2 nama dalam daftar pemilih (Double vote). Perkara ini bertentangan dengan seksyen 10 Akta Pilihanraya 1958 :
“Tiada seorang pun berhak dimasukkan dalam daftar pemilih sebagai seorang pemilih dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya bagi maksud sesuatu pilihan raya”
Malangnya SPR tetap berkeras percaya bahawa mereka mempunyai kuasa dibawah peraturan 14 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) yang menyatakan bahawa nama pengundi dalam daftar pemilih adalah menjadi keterangan prima facie untuk mereka mengundi walupun mereka telah pencen.
Suhaizan Bin Kaiat
Pengerusi Jawatankuasa Khas
Undi Pos Dewan Pemuda PAS Pusat
KEPUTUSAN PRK DUN BAGAN PINANG MENGIKUT UDM
Salam Perjuangan ...
Syabas & tahniah diucapkan kepada semua petugas PAS & PR khasnya daripada bukit mahkota yang bekerja keras kearah kemenangan di PRK Bagan Pinang.Marilah kita sama-sama muhasabah diri mencari kelemahan untuk diperbaiki agar kemenangan pasti tiba..insya-allah. Ingatlah pesanan TG Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, semasa memberi responnya berhubung pilihan raya kecil Bagan Pinang berkata, kalah atau menang adalah adat di dalam sebuah perjuangan, seraya mengakui bahawa PAS menghadapi tentangan kuat daripada Umno pada PRK kali ini. "Kita terima kekalahan ini. Tak apa. PAS tidak pernah lupa pada falsafah, menang tidak bererti selama-lamanya akan terus menang. Begitu juga kalah. Kelantan pun sebelum ini pernah kalah tetapi akhirnya mampu bangkit semula," katanya.
Tuesday, October 6, 2009
Sunday, October 4, 2009
Undilah PAS :Bersama kehendak rakyat.

Salam raya aidilfitri...
alhamdullillah, anakmuda@bukitmahkota bersama teman-teman di bukit mahkota berkesempatan bersama-sama semasa penamaan calon di PRK Bagan Pinang pada hari sabtu/03-10-2009.
Kami mula bertolak pada jam 7.00 pagi. Sampai sahaja di persimpangan masuk ke Teluk Kemang, kami tersangkut selama sejam disebabkan kesesakan jalanraya. Kami tiba di Majlis Perbandaran Port Dikson jam 9.30pagi Ramai penyokong kedua-dua belah pihak telah pun berkumpul disitu.Dari pengamatan anakmuda@bukitmahkota, kelihatan penyokong Pakatan Rakyat lebih ramai & bersemangat semasa proses penamaan calon dilakukan.Insya-allah, moga kemenangan berpihak kepada calon PAS, Sdr Zulkifly Mohd Omar.
Dikongsikan juga artikel menarik daripada KP, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Undi Pos : Bukan lagi Milik BN
Oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Perhatian utama pilihanraya kecil N.31 Bagan Pinang kali ini ialah undi Pos . Bilangan undi Pos 4,604 [ yang berdaftar ] di Bagan Pinang adalah antara jumlah undi pos terbesar bagi sebuah DUN . Kemenangan UMNO dan BN dalam pilihanraya umum pada Mac 2008 di DUN Bagan Pinang dengan majoriti sebanyak 2333 , telah dibantu oleh undi pos apabila mereka berjaya memperolehi 3080 undi pos sedang PAS hanya memperolehi 1189 undi sahaja .
3. UMNO dan BN yang jelas mengalami trauma akibat kekalahan demi kekalahan dalam siri pilihanraya kecil pasca pilihanraya umum 2008 yang lalu , tiba - tiba menggantung harapan untuk kembali memulih maruah mereka yang tercalar teruk kali ini berikutan adanya undi pos yang tinggi di DUN Bagan Pinang .
b] Calon dan wakil calon dibenarkan berkempen dalam kem sekaligus membenarkan agent parti memantau proses pengundian dan karung undi .
Friday, October 2, 2009
PAS Jemput SPRM pantau Bagan Pinang


Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk turun di Bagan Pinang sepanjang musim pilihanraya yang bakal bermula pada esok hari.
Pilihanraya Kecil Bagan Pinang sewajarnya menjadi tumpuan SPRM kerana terdapat calon yang mempunyai sejarah sabitan rasuah yang cuba mencalonkan diri untuk bertanding. Tan Sri Isa Samad mungkin sudah dimaafkan oleh sebahagian besar ahli Umno, tetapi itu bukanlah jaminan bahawa rasuah tidak akan berlaku di Bagan Pinang.
Oleh itu, SPRM dipelawa untuk membuat pemantauan bagi memastikan pilihanraya kali ini bebas dari rasuah dan salah guna kuasa.
Pada masa ini terdapat beberapa ahli politik yang menjadi Menteri mengunakan peruntukan Kerajaan dan kuasa mereka dalam Kerajaan untuk turun ke kem-kem tentera bagi berkempen atas nama ‘Kerajaan Barisan Nasional’.
Perkara ini harus dipandang serius kerana itu juga merupakan penyelewengan yang jelas terhadap dana kerajaan.
PAS dari semasa ke semasa akan membuat siasatan dan laporan sepanjang musim pilihanraya. PAS berharap agar SPRM dapat melaksanakan mandat rakyat, khususnya dalam pilihanraya kali ini.
Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Thursday, October 1, 2009
Bagan Pinang: Pemuda diseru beri komitmen penuh lawan BN

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Dewan Pemuda PAS menyeru seluruh ahli dan penyokongnya agar memberikan sepenuh komitmen terhadap gerak kerja parti bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Menurut Ketuanya Ustaz Nasrudin Hassan dalam blognya, kesungguhan dan sokongan padu daripada pemuda Pakatan Rakyat khususnya Pemuda PAS sendiri, amat penting untuk memastikan PAS dapat mengulangi kemenangan seperti yang telah dicapai dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini.
"Tanpa mengabaikan segala aktiviti dan agenda perjuangan yang telah ditetapkan , semua pemuda diharap memberikan komitmen tinggi dan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi untuk mengulangi kecemerlangan yang telah dilakar,"jelas Nasrudin dalam blognya Episod Sebuah Perjuangan.
Beliau juga berkata, Pemuda PAS dengan semangat juang yang tinggi optimis untuk mencapai kemenangan di Dun Bagan Pinang meskipun mengakui jumlah undi pos yang hampir mencecah angka 5000 merupakan cabaran yang agak sengit bagi Pakatan Rakyat.
Namun beliau yakin cabaran dan kesukaran yang semakin sengit itu akan menjadikan pemuda lebih proaktif dan progresif dalam melakukan gerak kerja.
"Kami bersedia menghadapi apa jua kemungkinan dan telah siap menggerakkan strategi mencongak kemenangan berganda di Bagan Pinang,"katanya lagi.
Ujarnya, pelbagai strategi dan pendekatan telah diambil oleh Pakatan termasuk penubuhan skuad khas oleh Jentera Pilihanraya Pemuda PAS buat pertama kalinya untuk menangani undi pos yang diketuai oleh Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiat.
Beliau bagaimanapun mengingatkan seluruh jentera parti agar tidak terlalu yakin akan mencapai kemenangan sehingga bersikap sambil lewa. Sebaliknnya beliau menegaskan, pemuda harus menggandakan gerak kerja.
Selain itu, beliau turut mengingatkan pemuda agar sentiasa berdoa dan melakukan solat hajat memohon agar Alah SWT memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat.
Dalam pada itu, Pemuda PAS merakamkan ucapan tahniah kepada Zulkefly Mohd Omar yang diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat di dun berkenaan.
"Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan selamat berjuang dengan penuh taqwa dan memikul tanggungjawab dengan penuh dedikasi kepada Tuan Hj. Zulkefli Mohd Omar Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang diamanahkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat,"tambah Nasrudin.
Zulkefly,45, yang merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat.
Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu majlis di Markas DAP Port Dickson malam tadi.
Zulkefly bakal berhadapan dengan calon Barisan Nasional, Tan Sri Isa Samad dalam pilihan raya raya yang akan berlangsung pada 11 Oktober depan.
Proses penamaan calon pula ditetapkan pada 3 Oktober.
Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.
Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.