Tuesday, May 26, 2009

Senarai TERKINI Calon bagi Pemilihan DPPP sesi 2009~2011


PENGERUSI TETAP (MTB)

Misbahul Munir Masduki, Ustaz


TIMBALAN PENGERUSI TETAP (MTB)
Aris Awang


KETUA (MTB)
Nasrudin Hassan, Ustaz


TIMBALAN KETUA (MTB)
Azman Shapawi Abd Rani, Ustaz


NAIB KETUA (MTB)
Ahmad Sabki Yusof


AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN

1. Abdullah Abdul Karim
2. Adly Zahari
3. Ahmad Baihaki Atiqullah, YB Ustaz
4. Ahmad Izzat Shauki, YB Ustaz
5. Firdaus Masod
6. Herman Samsudeen
7. Kamal Ashaari, Ustaz
8. Kamaruzaman Mohamad
9. Khairul Faizi Ahmad Kamil
10. Mohd Adram Bin Musa (Ketua Pemuda PAS Serdang)
11. Mohd Firdaus Jaafar, YB
12. Mohd Nazri Chik Zain , Ustaz Hj
13. Mohd Sany Hamzan
14. Mohd Sufian Ibrahim
15. Nasir Zakaria,YB Ustaz
16. Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, Ustaz
17. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob
18. Riduan Mad Nor, Ustaz
19. Rosli Allani Abd Kadir, Dr
20. Suhaizan Kaiat
21. Wan Sukairi Wan Abdullah
22. Mohd Yusni Mat Piah
23. Zuraidin Abdullah


PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Jamel Saring
2. Muzammil Hafiz

TIMB. PRESIDEN PAS LANCAR KAWAN DIDIK

“Kebejatan gejala sosial yang mengundang pelbagai permasalahan rakyat mendapat perhatian Lajnah Pendidikan PAS Pusat untuk melancarkan Sukarelawan Pendidikan Rakyat (Kawan Didik). Pendekatan nasihat-menasihati “Ad-Din Nasihah” atau “Agama itu nasihat” akan digunakan,” penjelasan dari pengerusinya, Dato’ Abu Bakar Chik .

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS Pusat, Ustad Nasharuddin Mat Isa dengan memakaikan pakaian rasmi “Kawan Didik” kepada tiga belas sukarelawan pertama. Beliau mengharapkan “Kawan Didik” yang baru ditubuhkan terus komited mencontohi unit amal dan unit nisa yang telah ditubuhkan lebih awal.

“PAS juga merupakan sebuah organisasi dakwah yang mengamalkan konsep amar makruf nahi mungkar (menyuruh berbuat baik dan melarang perkara mungkar,” katanya.

ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar dalam ucapan aluannya mengucapkan terima kasih kepada PAS Pusat kerana memilih Bangi sebagai tempat pelancaran. Pelancaran Sukarelawan Pendidikan Rakyat atau 'Kawan didik' peringkat pusat menepati aspirasi Bangi Bandar Ilmu yang dilancarkan setahun dahulu.

“ DUN Bangi telah beberapa kali menganjurkan bicara santai “Wadi Ilmu” di Tasik Cempaka bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap tempat yang dulunya terkenal sebagai tempat maksiat. Tokoh-tokoh dari ahli pendidikan, aktivis masyarakat dan ahli politik diundang bagi membicarakan pelbagai isu semasa.”

Wednesday, May 20, 2009

Selamat Bermuktamar Dewan pemuda PAS Pusat



MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KALI KE-50
MAJLIS PERASMIAN
09 Jamadil Akhir 1430 / 3hb Jun 2009 (Rabu)
12.00 - 05.00 petang -Pendaftaran dan Taklimat Program
05.30 - 07.00 petang -Majlis Jamuan Keraian Muktamar
08.00 - 08.10 malam -Para Perwakilan dan pemerhati mengambil tempat
08.10 - 08.15 malam -Ketibaan Ketua, Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat, Ketua Pemuda PAS Negeri-Negeri
08.15 - 08.25 malam -Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat
08.25 - 08.50 malam -Ucapan Aluan Pengerusi
08.50 - 09.00 malam -Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu PAS
09.00 - 09.10 malam -Bacaan ayat suci Al-Quran
09.10 - 09.20 malam -Ucapan Aluan Setiausaha merangkap Pengerusi Panitia Muktamar
09.20 - 10.00 malam -Ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
10.00 - 10.10 malam -Persembahan Multimedia dan Persembahan Seni
10.10 - 11.00 malam -Ucapan Perasmian Muktamar Tahunan ke 50
11.00 - 11.10 malam -Penyampian anugerah-anugerah
11.10 - 11.30 malam - Jamuan Ringan / Sidang Media
MUKTAMAR PENUH
10 Jamadil Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)
08.15 - 08.30 pagi -Aluan Pengerusi Tetap
08.30 - 08.40 pagi -Membentang dan mengesahkan Peringatan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat ke-49
08.40 - 09.35 pagi -Memilih Pengerusi Tetap, Timb. Pengerusi Tetap, Ketua, Timb. Ketua, Naib Ketua, 12 Ahli Jawatankuasa Kerja DPPP dan 2 Pemeriksa Kira-Kira
09.35 - 10.00 pagi -Minum pagi
10.00 - 11.30 pagi -Membentang dan membahas Laporan Tahunan, dan Penyata Kewangan berakhir Disember 2008
11.00 - 12.00 t/hari-Sesi menjawab dan menerima Laporan Tahunan, dan Penyata Kewangan berakhir Disember 2008
12.00 - 01.30 t/hari -Membahas Ucapan Tema
01.30 - 02.30 petang -Makan tengahari dan solat Zohor
02.30 - 05.30 petang -Sambungan Perbahasan Ucapan Tema Ketua Pemuda
05.30 - 06.00 petang-Rehat / Solat Asar / minum petang
06.00 - 07.15 malam -Sambungan Perbahasan dan menerima Ucapan Tema Ketua Pemuda
07.15 - 08.20 malam-Solat Magrib / Makan malam
08.00 - 08.20 malam -Memilih 15 orang ke Muktamar Tahunan PAS ke 55
08.20 - 10.00 malam -Perbahasan dan menerima Usul-usul

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KALI KE-50
MAJLIS PERASMIAN
09 Jamadil Akhir 1430 / 3hb Jun 2009 (Rabu)
12.00 - 05.00 petang -Pendaftaran dan Taklimat Program
05.30 - 07.00 petang -Majlis Jamuan Keraian Muktamar
08.00 - 08.10 malam -Para Perwakilan dan pemerhati mengambil tempat
08.10 - 08.15 malam -Ketibaan Ketua, Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat, Ketua Pemuda PAS Negeri-Negeri
08.15 - 08.25 malam -Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat
08.25 - 08.50 malam -Ucapan Aluan Pengerusi
08.50 - 09.00 malam -Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu PAS
09.00 - 09.10 malam -Bacaan ayat suci Al-Quran
09.10 - 09.20 malam -Ucapan Aluan Setiausaha merangkap Pengerusi Panitia Muktamar
09.20 - 10.00 malam -Ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
10.00 - 10.10 malam -Persembahan Multimedia dan Persembahan Seni
10.10 - 11.00 malam -Ucapan Perasmian Muktamar Tahunan ke 50
11.00 - 11.10 malam -Penyampian anugerah-anugerah
11.10 - 11.30 malam - Jamuan Ringan / Sidang Media
MUKTAMAR PENUH
10 Jamadil Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)
08.15 - 08.30 pagi -Aluan Pengerusi Tetap
08.30 - 08.40 pagi -Membentang dan mengesahkan Peringatan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat ke-49
08.40 - 09.35 pagi -Memilih Pengerusi Tetap, Timb. Pengerusi Tetap, Ketua, Timb. Ketua, Naib Ketua, 12 Ahli Jawatankuasa Kerja DPPP dan 2 Pemeriksa Kira-Kira
09.35 - 10.00 pagi -Minum pagi
10.00 - 11.30 pagi -Membentang dan membahas Laporan Tahunan, dan Penyata Kewangan berakhir Disember 2008
11.00 - 12.00 t/hari-Sesi menjawab dan menerima Laporan Tahunan, dan Penyata Kewangan berakhir Disember 2008
12.00 - 01.30 t/hari -Membahas Ucapan Tema
01.30 - 02.30 petang -Makan tengahari dan solat Zohor
02.30 - 05.30 petang -Sambungan Perbahasan Ucapan Tema Ketua Pemuda
05.30 - 06.00 petang-Rehat / Solat Asar / minum petang
06.00 - 07.15 malam -Sambungan Perbahasan dan menerima Ucapan Tema Ketua Pemuda
07.15 - 08.20 malam-Solat Magrib / Makan malam
08.00 - 08.20 malam -Memilih 15 orang ke Muktamar Tahunan PAS ke 55
08.20 - 10.00 malam -Perbahasan dan menerima Usul-usul

Pencalonan Dewan pemuda PAS Pusat
PENGERUSI TETAP
1.Jamuliddin Elias
2.Misbahul Munir Masduki

TIMBALAN PENGERUSI
1.Aris Awang
2.Jamuliddin Elias
3.Misbahul Munir Masduki
4.Norazli Musa

KETUA PEMUDA
1.Nasrudin Hassan
2.Zaki Ibrahim

TIMBALAN KETUA PEMUDA
1.Ahmad Sabri Yusof
2.Azman Shapawi Abd Rani
3.Musoddak Ahmad
4.Nasrudin Hassan
5.Nik Abduh Nik Abdul Aziz

NAIB KETUA PEMUDA
1.Ahmad Sabki Yusof
2.Azman Shapawi Abd Rani
3.YB Firdaus Jaafar
4.Nik Abduh Nik Abdul Aziz
5.Suhaizan Kaiat

AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN
01. Abdul Rahman Sidek
02. Abdullah Abdul Karim
03. Adly Zahari
04. YB Ahmad Baihaki Afiqullah
05. YB Ahmad Izzat Mohd Shauki
06. Ahmad Sabri Yusof
07. Ahmad Yahya
08. Aminuddin Zulkepli
09. Ariffin Deraman

10. Anuar Ali
11. Azman Shapawi Abd Rani
12. YB Firdaus Jaafar
13. Firdaus Masod
14. Hasbullah Ridwan
15. Helman Sanudin
16. Kamal Ashaari
17. Kamaruddin Sidek
18. Kamaruzaman Mohamad
19. Khairul Faizi Ahmad Kamil
20. Khairul Fahmi Md Som
21. Khairul Anuar Wafa
22. Khalil Abdul Hadi
23. Mohd Adram Musa (Ketua Pemuda Kawasan SERDANG)
24. Mohd Ashraf Mukhlis
25. Mohd Nazri Chik
26. Mohd Noor Hamzah
27. Mohd Sany Hamzan
28. Mohd Sufian Ibrahim
29. YB Nasir Zakaria
30. Nik Abduh Nik Abdul Aziz
31. Norazli Musa
32. Raja Ahmad Iskandar
33. Ramadhan Fitri Elias
34. Riduan Mohd Nor
35. Ridwan Hashim
36. Dr Rosli Allani Abd Kadir
37. Sanusi Mohd Noor
38. Suhaimi Saad
39. Suhaizan Kaiat
40. YB Taufek Abdul Ghani
41. Wan Sukairi Wan Abdullah
42. Yaakob Abu Seman
43. Yusni Mad Piah
44. Zulkifli Ahmad
45. Zuraidin Abdullah

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1.Jamil Saring
2.Mohd Adib Abd Jalil
3.Mohd Azman Yunus
4.Mohd Munzir Hamzah
5.Muzammil Hafiz
6.YB Zaki Ibrahim

Skuad kawan didik : amar maaruf nahi mungkar...

1.Pelancaran Skuad Kawan Didik


Memandangkan gejala sosial yang semakin parah dan berleluasa serta kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menerajui pemerintahan negara menangani keruntuhan moral masyarakat terutamanya yang melibatkan generasi muda, maka Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasa untuk mengambil tanggungjawab bagi menangani gejala sosial yang semakin membarah dalam masyarakat Malaysia pada hari ini.

Gejala keruntuhan akhlak masyarakat hanya akan dapat ditangani dengan dua cara iaitu; melalui pendidikan dan penguatkuasaan undang-undang. Perkara ini perlu digerakkan dari peringkat akar umbi. Sehubungan dengan itu, Lajnah Hal Ehwal Pendidikan PAS Pusat (LHP) akan melancarkan satu skuad sukarelawan yang diberi nama Sukarelawan Pendidikan Rakyat (Kawan Didik) bagi menjayakan tugas “amar maaruf nahi mungkar” dalam masyarakat.

Untuk menjayakannya, majlis pelancaran Skuad Kawan Didik peringkat negeri Terengganu akan diadakan pada 20 Mei 2009 ini (Rabu), bertempat di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), Tok Jiring, Kuala Terengganu. Majlis pelancaran ini akan disempurnakan oleh YBh. Dato' Haji Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Majlis yang serupa juga turut diadakan di Semporna, Sabah pada dua hari yang lepas (17 Mei 2009).

LHP berharap agar Skuad Kawan Didik dapat ditubuhkan seberapa segera di semua negeri dan menjadi salah satu daripada badan sosial PAS yang menggerakkan massa.

sumber : lajnahpendidikanpas.blogspot.com

2. Sukarelawan Pendidikan 'Kawan Didik' Adalah Satu Gerakan Revolusi Penting Dalam Masyarakat, Dato' Mustafa Ali

Kawan Didik - Jihad Memerangi Gejala Sosial

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata pihaknya sedang melembagakan gerakan kerja ‘amar makruf nahi mungkar’ melalui lidah.

“Kita sudah menggerakkan parti kita sebagai sebuah ‘Gerakan Mendaulatkan Islam’ kerana kita melihat tidak adanya Negara Islam ini adalah mungkar yang besar,

“maka, kita nak selesaikan masalah ini dengan gerakan politik, gerakan kemasyarakatan kita, gerakan pendidikan kita,”katanya dalam menyampaikan taklimat dan penyerahan amanah kepada Pengarah dan Panel Sukarelawan Pendidikan (Kawan Didik) Negeri Terengganu.

Beliau berkata, sekarang sudah tiba masanya, untuk mengisi gerakan tersebut dengan pengisian dalam konteks menyelesaikan masalah mungkar, gejala sosial dalam masyarakat dan akhlak pelajar yang begitu rendah disesetengah pusat-pusat pendidikan.

“Maka, sukarelawan pendidikan rakyat ini mesti bekerja ke arah ini,”jelasnya.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali menyifatkan penubuhan Sukarelawan Pendidikan (Kawan Didik) Negeri Terengganu sebagai satu revolusi dalam masyarakat yang terlalu penting dan terlalu besar.

“Pada saya ini satu gerakan revolusi dalam masyarakat, yang terlalu penting dan terlalu besar, kita mungkin belum nampak hari ini,

“tapi 10 tahun dan 20 tahun akan datang orang akan menilai bahawa revolusi masyarakat ini bemula disini, dengan satu gerakan yang kita lakukan,”katanya ketika berucap dalam majlis perasmian pelancaran Sukarelawan Pendidikan (Kawan Didik) Negeri Terengganu, di sini semalam.

Beliau berkata penubuhan Rakan Didik adalah satu contoh kreativiti yang diwujudkan menepati ciri-ciri kepimpinan dalam PAS.

Katanya kreativiti adalah melaksanakan perkara yang belum wujud dan belum dibuat oleh mana-mana pihak sebagaimana penubuhan Unit Amal PAS pada suatu masa dahulu.

Walaupun pada mulanya ia bukan perkara yang mudah untuk dilaksanakan, katanya, pada hari ini semua orang menghargai penubuhan Unit Amal.

“Biasalah, nak buat sesuatu benda-benda baru memang kita kena menghadapi, benda-benda (kesusahan) yang begini,

“akan menghadapi rintangan kerana orang tidak faham, akan menimbulkan benda-benda yang negatif,”jelasnya.

Katanya kekuatan dan kejiwaan yang tinggi diperluaskan untuk menggerakkan Rakan Didik kerana ianya adalah tugas besar dan jihad yang dilakukan.

“Ini adalah tugas besar, ini adalah jihad yang mesti dilakukan, tidak ada sebuah parti politik yang mampu untuk menangani gejala sosial, tidak ada sebuah kerajaan yang mampu dengan sendirinya menghadapi penyakit sosial,

“ia mesti tindakan yang bersepadu yang mesti disertai oleh semua pihak,”katanya yang menegaskan gejala sosial kini bukan hanya berpunca dari golongan muda malah golongan dewasa turut terbabit.

Turut berucap pada majlis diatas adalah Pengarah Rakan Didik Negeri Terengganu, Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kamal, Ketua Panel Perunding Kawan Didik Negeri. Cikgu (B) Hj Yaakub Mohamad dan Yang Di Pertua PAS Kuala Nerus, Ustaz Abu Bakar Abdullah.

artikel asal : BuletinOnline

Aktiviti menarik anakmuda@bukitmahkota..Jom ikut serta.



Assalamualaikum wbh


1. Program : Gotong royong bersihkan Pusat Khidmat Masyarakat & Senaman Tua(ST)

Tarikh : Jumaat/22 mei'09

Masa : 9.30mlm

Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat Putra-Mahkota,

Bandar Seri Putra.


2. Program : Al-Nisa

Tarikh : sabtu/23 mei'09 ~ Ahad/24 mei'09

Masa 6.00ptg ~ 2.00ptg

Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat Putra-mahkota,

Bandar seri Putra.


3. Dimaklumkan ijtima' ilmu siri 3 anjuran kerjasama pusat khidmat masyarakat caw. Putra mahkota (dun bangi) & surau al-muhajirin spt maklumat d bwh:

1. Tarikh: 24 mei 09, ahad

2. Jam: 9:00 pagi

3. Penceramah: ust. Ridhuan md nor

4. Tajuk: menghayati kehidupan Rasulullah SAW5.

Tempat: surau al-muhajirin sek.3


4. Program : Perlancaran gerakerja Sukarelawan Pendidikan Rakyat (Kawan didik)

Anjuran : Lujnah Pendidikan PAS Pusat

Perasmi : YB Ust Nasaruddin Mat isa (Timbalan Presiden PAS)

Tempat : Pusat Khidmat masyarakat Putra-Mahkota,

bandar seri Putra

Tarikh : Ahad/24 mei 2009

Masa : 4.00 ~ 6.00 ptg


5. Usrah pemuda Zon Bangi...

Naqib : ust abu

Tarikh : Isnin/25 mei 09

Masa : 9.30 malam

tempat : Pusat Khidmat Masyarakat, Putra Mahkota,

Bandar Seri Putra.

Tuan/puan djemput hadir dan sebarkan kpd shbt2 yg lain
Terima kasih.

Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Guru 2009 ...PASTI


Ucapan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat.


Alhamdulillah..Majlis Sambutan Guru PASTI Peringkat Kebangsaan telah pun selesai..sepanjang majlis ini ummi berminat dengan ucapan Dato' Haji Abu Bakar Chik selaku .dalam ucapan, beliau menyatakan PAS selaku gerakan dan Harakah Islamuiyah sangat menitik beratkan soal pendidikkan di semua peringkat dalam parti dan akan melancarkan Pasukan Sukarelawan Pendidikan Rakyat bagi menghasilkan produk2 pendidikan seperti K4T danKaffah bagi memastikan dakwah samapai ke segenap lapisan masyarakat secara sistematik disampaing mengemaskinikan sistem yang sedia ada untuk murid2 pra-sekolah..

Ucapan Pengarah PASTI Pusat

Ustaz Azrin Ab.Majid mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Sabah kerana berjaya mengadakan majlis Sambutan Hari Guru kali ini dengan jayanya..dengan pemilihan Sabah sebagai tuan rumah merupakan satu simbolik anjakan kehadpan sempena 25 tahun penubuhan PASTI di Malaysia.Beliau mengharapkan guru2 PASTI dapat meningkatkan profesinalisme kerana jatidiri grur2 PASTI terkenal dengan semangat pengorbanan,ikhlas dan tawadhuk mestilah dikekalkan dan pertahankan identiti.

Segulung Harapan Pengerusi Majlis Guru PASTI Malaysia

Ustazah Saadiah Abu Bakar menyatakan guru2 PASTI merupakan tenaga penggerak utama bagi PASTI di peringkat akar umbi..dengan adanya sambutan Hari Guru amat bermakna sebagai pengiktirafan dan penghormatan yang tinggi atas peranan tanggungjawab sebagai pendidik.Beliau berharap program ini dapat menyediakan ruang bagi guru2 PASTI seluruh negara mengeratkan lagi silaturrahim sesama guru..penghargaan2 dan anugerah2 adalah sebagai suntikan semangat kepada guru2 supaya berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi di masa hadapan..

Seungkap kata dari Ketua Pengarah PASTI Negeri Sabah

Ustaz Yakari Sulong mengucapkan setinggi-tinggi kerana memberi peluang kepada Sabah menjadi tuan rumah untuk mengendalikan progaram peringkat Kebangsaan.Beliau mengharapkan semua tetamu berasa selesa dengan layanan yang diberi.

Ucapan Perasmian Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

YB Hj Sallahuddin Ayub mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana PASTI sudah berada dikalangan rakyat Malysia selama 25 tahun telah membuktikan keunggulan PASTI dan telah diterima oleh semua peringkat masyarakat Malaysia.

Tokoh Guru PASTI Kebangsaan 2009

Puan Faridah Dawam
Dilahirkan Pada 2 Mei 1968 di kg Gajah Perak
Terlibat dengan PASTI dari 1988 selepas tamat peperiksaan STPM
mengajar pada mualanya suka2 lama2 membuatkan beliau tertarik dengan PASTI walaupun imbuhan untuk mendidik anak2 PASTI tidak seperti tawaran yang pernah beliau dapat namun hatinya sudah terpaut denagn PASTI

beliau juga terlibat dengan PAS seiring dengan penglibatan beliau di dalam PASTI...pada 1987 beliau menjadi AJK penaja penubuhan DMP Kg Gajah..dan pada umur 22 tahun beliau telah diberi amanah sebagai ketua DMP kawasan Kampung Gajah.

Beliau telah bertemu jodoh dengan Mohd Hasyim bin Yahya dan telah dikurniakan 7 orang cahaya mata namun pada tanggal 26 Julai 2006 ..telah berlaku satu kemalangan maut semasa dalam perjalanan menziarahi anaknya di Ma'ahad Al-Islah Sungai Lampam(Jalan kampung Gajah - Teluk Intan) yang melibatkan beliau sekeluarga..suaminya telah meninggala didalam kejadian itu..beliau dan 2 orang anaknya cederah parah dan dimasukkan ke wad ICU Ipoh.berita kematian suami tercinta hanya diketahui setelah 5 hari kejadian berlaku.

Dengan tabah beliau meneruskan kehidupan sebagai ketua keluarga dengan pendapat dari imbuhan guru PASTI sebanyak RM3oo sahaja serta sumbangan dari orang ramai..hasil tarbiyyah yang diterima beliau cekal meneruskan kehidupan membesar dan mendidik anak2nya walaupun keseorangan sebagai ketua keluarga,beliau tidak pernah memberi alasan untuk tidak terlibat dengan apa saja program anjuran PASTI atau parti

Puan Faridah Dawam seorang yang sentiasa berfikir untuk memajukan PASTI dan parti..bersama iltizam dan sokongan2 dari teman2 seperjuanagan..beliau bertekad meneruskan perjuangan memastikan anak2nya..murid2 PASTI dan masyarakat keseluruhannya memahami Islam dan seterusnya syariat Islam tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini.Kini beliau diamanahkan sebagai Ketua Majlis Guru PASTI Kawasan Pasir Salak dan Timbalan Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Perak.

Monday, May 11, 2009

Tahniah YB Dato Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin..MB Perak Sah.



11 Mei 2009

Nizar MB Perak sah
.fullpost{display:inline;}
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah. Mstar.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 4:17 PM

Sunday, May 10, 2009

Manfaatkan Penulisan Blog Untuk Perjuangan Islam

blogfordakwah

GOMBAK, 8 Mei (Hrkh) - Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi berkata sudah ramai orang mempunyai laman blog sendiri, namun tidak selalu dikemaskini. Beliau menyifatkan perbuatan ini sepeti sebuah rumah yang dipenuhi lalang dan semak samun.

“Ada di kalangan kita suka buat blog, lepas itu kemaskini selama lima bulan sekali. Ini seperti orang buat rumah, kemudian dia biarkan laman rumah dipenuhi dengan lalang dan semak samun, lepas tu dia menjemput kita masuk, siapa nak masuk kalau rumah seperti itu lebih baik tidak payah buat blog,” tegas beliau.

Katanya, ada juga orang buat laman blog tetapi bercerita pasal peribadi dia, kisah-kisah kegagalan bercinta. Ini tidak menampakan roh perjuangan, tak menyebarkan risalah yang didokong, ini merupakan kerja yang membazir masa.

Menurutnya, hari ini semua orang bercakap mengenai satu media baru, ternyata kuasa media baru boleh menyaingi media lama.

”Sehari dua ini dan melihat kegilaan anak muda untuk memiliki facebook tersendiri, masing-masing ada rangkaian dalam laman web tersebut.

“Mereka boleh menghubungi antara satu sama lain sepantas kilat, sangat malang bagi kita menggunakan faedah ini,” katanya dalam ucapan perasmian Muktamar ke 24 DPPWP, 2 Mei lalu.

“Nabi dulu saw, nak sampaikan risalah kepada Raja Heraclus dan menyampaikan risalah Islam kepada Kaisar terpaksa menjelajah mengambil masa selama tiga bulan perjalanan siang dan malam dengan menunggang kuda,” katanya.

Pada hari ini, katanya lagi, kita boleh sampaikan maklumat tidak sampai tiga saat untuk diketahui dan dimiliki oleh sebahagian besar rakyat yang ada disekitar kita.

sumber laporan Muhammad Arif Ismail (harakahdaily.net)

Tuesday, May 5, 2009

Tolong kami,bantu kami dgn lampu jalan@bukit mahkota..



Taman Bukit Mahkota gelap..
Oleh Dg. Ku Mahirah Ag. Binting
kota@utusan.com.my

TAMAN Bukit Mahkota, Seksyen 2, Bangi hanya indah pada waktu siang tetapi gelap dan menakutkan penduduk pada sebelah malam kerana lampu jalan tidak berfungsi. - UTUSAN/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

BANGI 29 April - Kami mahu lampu jalan! Itulah yang diharapkan oleh penduduk yang tinggal di taman perumahan Bukit Mahkota, Seksyen 2 di sini kepada pemaju perumahan tersebut.

Permintaan mereka dibuat semata-mata kerana bimbang terhadap kejadian jenayah yang semakin menjadi-jadi di situ. Sekurang- kurangnya, mereka berharap, dengan adanya lampu yang menerangi jalan dan sekitarnya akan membuatkan orang berfikir dua kali untuk meneruskan niat jahat mereka.

Penduduk berpendapat, ketiadaan lampu jalan di kawasan tersebut menyebabkan penjenayah berani untuk melakukan kegiatan mereka di kawasan kediaman itu.

Bagaimanapun, masalah mereka itu umpama tiada siapa yang peduli. Menurut penduduk, mereka telah mengadukan masalah lampu itu kepada pemaju, namun sehingga kini pihak pemaju masih belum mengambil apa-apa tindakan berhubung perkara itu.

Seorang penduduk, Azlan Abdul Aziz, 42, berkata, dia telah kehilangan kereta tiga bulan yang lalu.

"Saya percaya kejadian tersebut berlaku sekitar 4 pagi. Saya dan keluarga tidak sedar kejadian tersebut kerana saya tidak mendengar sebarang bunyi yang mencurigakan.

"Kejadian hanya disedari ketika saya hendak keluar dari rumah apabila mendapati kereta saya sudah hilang," katanya ketika ditemui.

Seorang lagi penduduk, Muhd. Hazlan Hamzah, 31, berkata, rumahnya pernah dipecah masuk oleh penjenayah melalui pintu dapur.

"Bila saya masuk rumah, barang-barang sudah bersepah. Penjenayah tersebut turut meninggalkan pisau di sofa.

"Penjenayah itu mengambil komputer riba serta barang kemas isteri dan anak-anak. Kesemua barang-barang yang diambil bernilai kira-kira RM7,000," ujarnya.

Selain itu, ketiadaan lampu jalan turut menjadikan kawasan sekitar perumahan itu sebagai port sesuai bagi sebilangan remaja melakukan perbuatan sumbang dan juga tempat menggunakan dadah.

Menurut Marban Taliban, 46, ketika melakukan pemantauan bersama beberapa rakan-rakannya mereka pernah menangkap pasangan remaja melakukan perbuatan sumbang di bangunan pencawang elektrik berdekatan di taman itu.

Selain itu tambahnya, sebuah bilik gerakan yang masih belum digunakan di kawasan itu turut menjadi tempat bagi pasangan kekasih melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

"Keadaan yang gelap di kawasan tersebut menyebabkan sesetengah penduduk dan juga pelajar dari kolej yang berdekatan memilih tempat itu untuk berkelakuan tidak senonoh," katanya.

Seorang lagi penduduk, Muhd. Ghazali Mustaffa, 41, berharap pihak pemaju dapat memasang lampu jalan dan juga pemantul cahaya di kawsan perumahan tersebut dengan kadar segera.

"Untuk keselamatan semua penduduk di kawasan ini, lampu-lampu jalan perlu dipasang untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku," jelasnya.

sumber : utusan malaysia..

Sunday, May 3, 2009

PENGERTIAN ‘ULAMA’ DAN CIRI-CIRI ULAMA’



Dilulus terbit pada Saturday, May 02 @ 20:17:02 MYT oleh alghaib
Bicara Agama Oleh : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD



Konsep ulama’ boleh ditakrif dengan berbagai difinasi yang berlandaskan latar belakang kesarjanaan atau disiplin ilmu masing-masing. Perkataan ulama’ itu adalah kata jamak dari perkataan “’Arab iaitu ‘Alim. Kemudian lahir pula perkataan ‘Alamah iaitu orang yang benar-benar mengerti atau mengetahui dengan mendalam hakikat sesuatu. (Muhamad Ismail, 1961:26.)


Menurut Dato’ Dr. Harun Din, dalam al-Quran karim terdapat dua kali sahaja perkataan ulama’ itu digunakan. Kedua-duanya merujuk kepada yang mendalami pengetahuan agama. Yang mendalami agama Islam diistilahkan dengan al-ulama’. Ada alif dan lam. Ini bererti bahawa ulama’ adalah istilah khusus yang dimaklumi bahwa hanya diguna pakai untuk yang mengetahui dan mendalami tentang agama Islam sahaja. Di dalam bahasa arab ada banyak istilah selain ulama’ yang diguna bagi merujuk kepada bidang masing-masing. Contohnya (khabir atau khubara’ untuk pakar yang lain dari bidang agama), Muhtarif atau muhtarifun, Fanni atau fanniyyun yang merujuk kepada technician, Mahandis arkitek, Tabib akhsai pakar perubatan.

Seperkara lain yang patut disebut bahawa perkataan ulama ialah perkataan jama’. Kalau untuk seorang disebut alim mufrad. Akan tetapi sudah menjadi penggunaan yang menyeluruh dipakai ulama’ untuk merujuk kepada seorang seperti imam Syafie adalah ulama’ terbilang. Dibolehkan demikian kerana hakikatnya seorang alim dalam Islam memiliki dan mendalami berbagai bidang ilmu, ilmu bahasa Arab dengan segala cabangnya ilmu al-qawafi, badi’ maani, bayan, nahu saraf, usul feqh, ulum hadis, hadis, tafsir, ulum tafsir, ilmu al-adab al-arabi, arud, tarikh, mantiq, al-falsafah dan berbagai ilmu. (Dr. Harun Din, 2004: 7-8.)

Nizam Sakamat Sakjeha merumuskan pengertian ulama’ pada tanggapan masyarakat umum adalah mereka yang berat sangkaan mereka, amat ikhlas dalm melaksanakan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah. Amat prihatin dan berusaha keras untuk menegakkan yang hak dan memerangi kebatilan, mereka adalah orang yang tidak mungkin tenggelam dalam hawa nafsu. Nizam Sakamat Sakjeha Nasaih wa Taujihat al-Mufakkirin wa Ulama’ al-Islam liljamaat wal ahzab al-Islamiah: 4

Menurut Jamal Mohd Lokman, menjelaskan secara estimologinya ulama’ membawa maksud “orang yang mengerti atau orang yang berilmu pengetahuan”, iaitu mengetahui hakikat sesuatu dengan penuh keyakinan. Jamal Mohd. Lokman Sulaiman, 1999:37.

Abi Talib dan Ismail Abdul Halim, Istilah ulama’ disandarkan kepada individu yang mengetahui mengenai al-Quran dan al-Sunnah serta memahami kedudukan hukum dan sumber hukum Islam yang berpandukan kepada sumber tersebut. (Abi Talib dan Ismail Abdul Halim, 1982:2. )

Mahyuddin Haji Yahya, di dalam Encyclopedia Sejarah Islam, para ulama’ ialah golongan penting kerana mereka merupakan pakar dalam bidang agama khususnya dalam bidang tafsir, feqah, hadis, Usuluddin dan segala cabang ilmu Islam. (Mahyuddin Haji Yahya, 1989:1708).

Al-Imam Abi Al-Qasim Jara Allah Mahmud Umar bin Muhammad al-Zamakhsyari, Ulama’ ialah mereka yang mengetahui mengenai sifat Allah, keadilannya, ketauhidannya, sifat yang harus dan yang tidak harus keatasnya, maka mereka membesarkannya, membesarkan kekuasaanya. Orang yang ilmunya bertambah maka bertambah takut ia kepada Allah SWT. (Al-Imam Abi Al-Qasim Jara Allah Mahmud Umar bin Muhammad al-Zamakhsyari, 1995:592-593. )

Menurut Syed Qutb mereka yang mengkaji al-Quran yang penuh keaijaiban dan mereka yang mengenal Allah dan mengetahui hakikat Allah, mengetahui kesan penciptaan Allah, mengetahui kesan kekuasaan Allah, dan bertaqwa kepada Allah, dan menyembah Allah dengan sebenar penyembahan. Ulama’ ialah orang yang mengetahui sifat Allah dan kebesarannya. Siapa yang bertambah ilmuya maka ia bertambah takut kepada Allah.( Syed Qutb, 1994:2943.)

Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), Orang yang takut kepada Allah ialah orang-orang yang berilmu. Berdasarkan kepada ayat Fatir: 28. di pangkal ayat Allah mengguna perkataan “Innama”. Menurut ahli nahu bahawa huruf “innama” itu ialah adaatu hasr yang ertinya “alat untuk membatas”. Sebab itu ertinya yang tepat dan jitu ialah “ hanya orang-orang yang berilmu jua yang akan merasa takut kepada Allah. Kerana kalau tidak ada ilmu tidaklah orang akan takut kepada Allah. Kerana timbulnya satu ilmu setelah diselidiki. Maka jelaslah bahawa pangkal ayat tadi Allah telah berfirman “tidakkah engkau lihat” maka kalau tidak dilihat tidaklah akan tahu. Kalau sudah dilihat dan diketahui dengan sendirinya akan mengertilah bagaimana kebesaran Allah , kekuatanya dan keagunganya, merasa dirinya kerdil di hadapan kekuasaan Allah, dengan ini akan menimbulkan takut . Kalau takut telah timbul nescaya timbullah ketundukan , lalu segala perintahnya dilaksanakan dan larangannya dihentikan. .(Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), 1984: 300-301. )

Menurut Ibn Kathir Tidak lain orang yang merasa takut kepada Allah itu hanyalah ulama’ yang telah mencapai matlamat ma’rifat, iaitu mengenali tuhan menilik hasil kekusaannya dan kebesarannya. Maha besar, maha kuasa, yang maha berilmu yang mempunyai sifat kesempurnaan dan yang mempunyai Asma’ al-Husna. Apabila makrifat bertambah sempurna dan ilmu terhadapnya bertambah matang, ketakutan kepadanya bertambah besar dan bertambah banyak.


Imam Malik berkata” ulama’ bukanlah kerana banyak menghafaz riwayat hadis, bahkan ilmu ialah Nur yang dinyalakan tuhan dalam hati”.Hamka: 301


Menurut al-Syaukani ulama’ ialah mereka yang takut kepada Allah dan mengetahui bahawa Allah berkuasa atas sesuatu. Dan ulama’ ini bukan mereka yang banyak menghafaz hadis tetapi mereka yang memiliki ilmu dan takut dengan Allah SWT. (Muhammad Bin Ali Muhammad al-Syaukani: 459. )


Begitu juga al-Qurtubi menyebut bahawa ulama’ ialah seorang yang takut kekuasaan Allah dan yakin Allah berkuasa membalas atas maksiat yang di lakukan. Daripada Ibn. Abbas berkata ulama’ ialah yang mengetahui tentang tuhannya yang Rahman dan tidak syirik kepada Allah, dan menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan memelihara peringatan Allah dan mengetahui bahawa semua yang dilakukan di bawah pengetahuannya. (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, juz 7:343-344.)



Dari Ibn Abi ‘Umrah dari ‘Akrimah dari Ibn Abbas katanya ulama’ ialah orang alim yang mengenal Allah dan tidak syirik kepadanya dan mengharamkan apa yang diharamkan dan memelihara wasiatnya”


Berkata Ahmad bin Saleh al-Misri dari Ibn Wahab dari Malik katanya” Sesungguhnya alim ialah bukan orang yang banyak meriwayat ,sebenarnya alim ialah ilmu yang dimilikinya bercahaya. Allah menjadikan bercahaya dalam hatinya. Tetapi mereka takut kepada Allah bukan semata-mata banyak mengetahui riwayat( ilmu) Sebaliknya ia mengetahui kefarduan dan mengikut kitab sunnah dan apa yang dilakukan oleh sahabat radhiallahuahum dan selepas dari mereka “ ”


al-Imam al-Maraghi ketika menafsirkan ayat dalam surah al-Fatir, Ulama’ ialah orang yang takut azab Allah dengan banyak melakukan kepadanya. Dengan ilmu yang mereka pelajari datanglah keyakinan, jika dibuat maksiat akan dibalas dengan siksa, demikian kalau dibuat baik maka mereka akan dibalas dengan syurga.

Menurut Ibn Abbas bahawa ulama’ ialah yang mengenal Allah dan takut kepadanya. (Muhammad Bin Ali Muhammad al-Syaukani, Tahqiq Dr. Abdul Rahman Umairah, Fathu al-Qadir, juz 4: 463)

Berkata Rabi’ Bin Anas “Siapa yang tidak takut kepada Allah maka ia bukan ulama’” (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, juz 7:343-344.)

Dari Ibn Abi ‘Umrah dari ‘Akrimah dari Ibn Abbas katanya ulama’ ialah orang alim yang mengenal Allah dan tidak syirik kepadanya dan mengharamkan apa yang diharamkan dan memelihara wasiatnya” (Imam Hafiz Jamaluddin abu al-Fida’ Ismail ibn Kathir al-Qudsi al-Dimasyqi, juz 3/ 4: 553-554.)

al-Hassan al-Basri ulama’ ialah orang yang takut kepada Allah dan cenderung melakukan apa yang Allah suka dan menjauhkan apa yang Allah murka” (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, 7/20: 343-344)

Sheikh Abul Aziz Badri ulama’ sebagai pewaris nabi iaitu yang menyambung kembali perjuangan dan dakwah para nabi. Ulama’ yang menjadi pewaris para nabi ialah ulama’ yang tidak takut kepada pemerintah yang zalim. Tidak takut kepada pihak yang kejam kerana kepatuhan mereka hanya kepada Allah SWT. (Sheikh Abul Aziz Badri, 1988:53. )

Berkata Ahmad bin Saleh al-Misri dari Ibn Wahab dari Malik katanya” Sesungguhnya alim ialah bukan orang yang banyak meriwayat ,sebenarnya alim ialah ilmu yang dimilkinya bercahaya. Allah menjadikan bercahaya dalam hatinya. Tetapi mereka takut kepada Allah bukan semata-mata banyak mengetahui riwayat( ilmu) Sebaliknya ia mengetahui kefarduan dan mengikut kitab sunnah dan apa yang dilakukan oleh sahabat radhiallahuahum dan selepas dari mereka “ (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, 343-344.)

Ibn. Masud berkata ketakutan kepada Allah petanda seorang itu alim. Yang berilmu bukanlah kerana ia banyak meriwayatkan hadis akan tetapi yang amat takut kepada Allah. Di tanya Saad bin Ibrahim siapakah yang paling alim di kalangan penduduk Madinah? Jawabnya orang yang paling takut kepada Allah.

Ali Bin Abi Talib pernah berkata seorang alim ialah seorang yag tidak pernah melakukan maksiat, tidak jemu mengingatkan dirinya dan manusia sekalian akan azab allah swt dan tidak membelakangi al-quran. (Al- Imam al-Qurtubi, juz 14:243)


Kesimpulannya
Secara umumnya perkataan ulama’ itu membawa satu pengertian yang luas, disandarkan kepada seorang yang memahami konsep agama secara syumul dan mendalam serta menzahirkanya dalam bentuk praktikal dan amalan hidup seharian. Apabila ulama’ dikaitkan dengan Islam ia berhubung rapat dengan Allah. Tidak cukup sekadar ada ilmu tetapi tidak takut kepada Allah SWT, begitu juga sebaliknya.

Ulama’ dikenali dengan ilmunya dan keteguhan pendiriannya. Mereka terpelihara daripada terjebak ke dalam perkara-perkara yang syubahat. Ulama’ dikenali dengan jihad, dakwah, pengorbanan dari segi waktu, harta benda, nyawa dan kesungguhan mereka di jalan Allah.
Ulama’ dikenali dengan ibadah dan khusyuk mereka
kepada Allah. Ulama’ dikenali dengan jauhnya mereka dari keburukan dunia dan pujuk rayunya. Ulama’ dikenali dengan pengakuan oleh umat Islam dan jumhurnya dari kalangan ahli hak.

Di antara perkara yang menunjukkan alimnya ulama’ dan kelebihannya ialah mengenai pengajiannya, fatwanya dan
juga karangannya. Adapun pangkat dan jawatan atau yang seumpama dengannya, bukanlah dikira sebagai tanda yang
menunjukkan kepada ilmunya. Ulama’ tidak ditentukan dan tidak dipilih melalui cara pengundian, tidak juga dengan cara penentuan jawatan. Sebagaimana di antara kalangan alim ulama’ dalam tarikh ummah terserlah dan nyata sebutannya (masyhur), menjadi imam atau pemimpin kepada ummah sedang dia (alim ulama’) tidak mengenal dan menjawat kedudukan atau memegang jawatan. Seumpama Imam Ahmad dan Syeikh Islam Ibnu Taimiah sebagai dua contoh dalam tarikh yang panjang bagi ummah ini.

Ini tidak bermaksud setiap orang yang mempunyai jawatan dalam ilmu pengetahuan bukannya dia seorang yang alim, bahkan yang dimaksudkan di sini ialah kedudukan dan jawatan bukanlah dikira sebagai tanda yang menunjukkan ke atas ilmu, oleh itu kita dapati di
sana ada di antara kalangan para ulama’ yang dilantik oleh hakim(kerajaan) menjadi pemerintah, qodhi, mufti dan seumpama dengannya, bahkan kadang-kadang kita dapati pada zaman pemerintahan yang zalim tetap ada para qadhi yang adil dan para mufti yang boleh
dipercayai.



Memiliki segulung ijazah bukanlah jambatan mendapat gelaran sebagai ulama’, apatah lagi jika tidak terpancar dari dirinya kehidupan ilmu. Ulama’ bukan sahaja ada ilmu malahan ia memberi sumbangan kepada masyarakat, perkembangan dakwah dan kemajuan negara. Mereka adalah yang dianugerahkan Allah dengan ilmu pengetahuan, kemahiran serta pengalaman yang meluas dan mendalami dalam hukum halal, hal ehwal Islam dan mampu melakukan istinbat hukum dengan sumber-sumber hukum yang betul dan asli; alquran dan al-Sunnah, ijma’ dan qias dan lain-lain sumber yang muktabar, dengan lain perkataan ulama' dalah pakar rujuk agama yang berkemampuan (dari segi ilmu) dan disiplinnya. Golongan ini juga mampu memahami , mengoalah serta menganalisa maqhasid syariah. Mereka adalah ahlul zikri yang boleh mengolah dan menganalisis kepentingan- kepentingan agama, nyawa, jiwa, akal dan intelektual, harta, nasab dan keturunan. Mereka juga mempunyai keperibadian yang mulia, dan dispilin yang tinggi dalam kehidupan. Mereka tidak boleh berpura-pura atau double standard sebaliknya ikhlas dan jujur samaada dalam kehidupan mahupun dalam pandangan, idea serta nasihat mereka. Ulama’ sebenar tidak bersikap berat sebelah tidak menggunakan ilmu untuk kepentingan diri dan kumpulan tertentu sahaja.

Kedudukan mereka sebagai ulama' adalah satu pengiktirafan masyarakat. Jadi golongan ulama’ bukanlah merupakan golongan yang sewenang-wenangnya menggelar diri mereka ulama’. Pengiktirafan masyarakat amat penting kerana ilmu, sahsiah dan cara hidup mereka diakui. Ulama' dahulu tidak mendapat apa apa sijil tetapi mereka diiktiraf oleh masyarakat sebagai al-Allamah (seorang berilmuan pengetahuan tinggi). Kualiti ilmu dan penyampaian ilmu membuahkan pengiktirapan masyarakat kepada mereka.

Dari semua kutipan dan penjelasan di atas menunjukkan bahawa ulama’ adalah merujuk kepada mereka yang mengetahui dan mendalami pengetahuan agama. Dengan pengetahuan ini menjadikan mereka patuh kepada hukum Allah. Amat takut kepada kemurkaan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.

Keistimewaan Ulama’

Firman Allah SWT
“Allah menyatakan bahawasanya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia, yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha perkasa lagi Maha Bijaksana). (Surah al-Imran, 3:18)

Ayat ini menerangkan kedudukan ulama’, dalam soal menguatkan akidah, kedudukan ulama’ adalah amat tinggi, selepas kedudukan para malaikat. Menurut Ibn. Hajar para ulama’ yang beramal dengan ilmunya pada hakikatnya wali Allah. (Al-Zawajir 1/88)

Ini satu darjat ketinggian yang amat nyata dengan kedudukan yang penting itu para ulama’ sebenarnya bukanlah satu golongan yang tersisih dan diketepikan dari permasalahan hidup umat manusia dalam apa jua bentuk.

Banyak hadis yang menyatakan tentang ilmu dan ulama’. Ilmu yang diperolehi oleh ulama’ adalah diturunkan oleh Allah SWT. Ayat dan perkataan “Orang yang di kurniakan ilmu dan beberapa darjat”. Menunjukkan Allah mengurniakan ilmu dan kepandaian yang amat luas kepada manusia, ilmu itu lebih maju dan teratur daripada pengetahuan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada lain-lain makhluk seperti malaikat.

Di antara Hadis Rasulullah SAW . “ Ya Allah berilah rahmat kepada penggantiku. Para sahabat bertanya wahai Rasulullah siapakah pengganti-pengganti baginda. Jawab baginda “ Mereka itu orang yang datang selepas ku meriwayatkan hadis-hadis ku dan mengajarkannya kepada umat manusia”.

Ibn. Abbas menyatakan darjat ketinggian para ulama’` di atas orang mukmin biasa adalah sekira-kira 700 tahun perjalanan dan jauh di antara satu darjat dengan darjat yang lain adalah 500 tahun. (Azzawajir 1/89)

Ulama’ adalah petunjuk kepada hamba dan menara petunjuk kepada sebuah Negara, dan teras ummah dan sumber hikmah, mereka adalah kemarahan syaitan dengan mereka menghidupkan hati ahli kebenaran dan mematikan hati penyelewing. Perumpamaan mereka di bumi seperti bintang di langit yang memberi penunjuk kepada orang di lautan dan daratan. Apabila bintang terpadam maka ia boleh mengeliru perjalanan. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:13.)

Apabila ulama’ tidak ada maka manusia tidak akan tahu bagaimana hendak menunaikan satu kefarduan dan bagaimana hendak menjauhkan perkara yang diharamkan, bagaimana hendak menyembah Allah. Jika ulama’ mati maka waktu itu akan melahirkan kejahilan dan merupakan satu musibah kepada manusia. Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:13.)

Ulama’ mempunyai kaitan yang rapat dengan ilmu, dengan sebab itu apabila ulama’ meninggal ilmu pun hilang. Kata-kata Ka’ab Bin Mani’c seorang tabiin yag masyhur telah berkata” Wajib keatas kamu memelihara ilmu sebelum ia hilang, kerana hilang ilmu kerana hilang ahlinya”. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:34.)

Hadis yang diriwayatkan daripada Muaz Bin Jabal :

“Belajarlah ilmu maka sesungguhnya mempelajari ilmu kerana Allah adalah untuk menakutkan dan menuntut ilmu adalah ibadah dan mempelajarinya adalah tasbih dan berbahas dengannya adalah jihad dan mengajarnya bagi orang yang tidak mengetahui adalah sedekah dan mengajar ahli keluarganya mengenai halal dan haram adalah satu usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah kerana ia mengajar kepada benda halal dan haram dalam menakutkan kepada Allah dan menjadi rakan ketika kesunyian dan menjadi dalil ketika senang dan susah dan menjadi perhiasan ketika keseorangan dan menjadi rakan ketika berdagang dan Allah angkat darjat mereka dikalangan mereka dan menjadikan mereka pemimpin yang menjadi ikutan orang lain. Kerana Ilmu menghidupkan hati yang buta dan memberi cahaya kepada yang gelap dan memberi satiap tenaga kepada yang lemah dan telah mencapai hamba ketahap yang merdeka dan menduduki bersama raja-raja dan mencapai darjat yang tinggi di dunia dan juga akhirat. Dengan ilmu ia boleh taat kepada Allah SWT, dengan ilmu ia menyembah Allah dengan ilmu ia menghubungkan tali sillturrahim, dengan ilmu ia dapat mengetahui yang halal dan yang haram dan menjadi perintis kepada amal. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:35-36.)

Luqman Hakim pernah berkata kepada anaknya
Wahai anakkku duduklah dengan ulama’ dan rapatkan kedua lutut kamu sesungguhnya Allah menghidupkan hati dengan ilmu seperti menghidupkan bumi dengan turunnya hujan” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)

Nasihat Luqman juga
“Jangan kamu duduk bertengkar dengan ulama’ maka kelak kamu akan hina dan jangan kamu bertengkar dengan orang yang bodoh maka mereka akan memaki kamu sebaliknya kamu sabar bagi orang yang yang lebih tinggi ilmu daripada kamu dan orang yang lebih rendah ilmu daripada kamu. Maka hendaklah kamu bersama dengan ulama’ dan sabar bagi mereka dan mengambil daripada mereka ilmu” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)

Malik bin Anas berkata
“Jangan ambil ilmu daripada 4 golongan ini,

a. Orang yang terkenal bodoh
b. Oran yang terkenal dengan ikut hawa nafsu.
c. Orang yang menyeru kepada hawa nafsu.
d. Lelaki yang ada kelebihan dan tidak tahu apa yang diucapkan. ”
(Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:91-92.)



Ciri-Ciri Ulama’

1.Sentiasa tawaduk dengan ilmunya

2.Dia tidak menuntut kemuliaan disisi pemerintah dengan ilmunya

3. Katakan Wallahua’lam jika tidak tahu.

Daripada Abdullah Ibn Masud
“Wahai manusia apabila ditanya dari perkara ilmu yang kamu tahu maka kamu jawab, jika kamu tidak tahu maka katakanlah Allah a’lam. ” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)

4.Dan tiada menjadikan ilmu tadi sebagai barang dagangan

5. Tidak menjadikan ilmunya untuk mendekatkan dunia dan menjauhkan orang faqir

6.Tawaduk dengan orang faqir dan orang yang saleh

7.Apabila ia berada di dalam majlisnya maka ia sabar atas orang yang lambat faham dengan hal ehwal agamanya sehingga ia menjawab dengan lembut dan beradab.

8. Ulamak mesti beramal dengan ilmunya

Sabda Rasulullah SAW “ Sedahsyat-dahsyat manusia yang diazab di hari qiamat ialah seoang alim yang tidak bermanfaat imunya”. (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)


Kata Fudhail bin ‘Iyyad,
Awal ilmu ialah diam, kemudian mendengar, kemudian hafal kemudian beramal dan menyebarkan .

Begitu juga dengan kata-kata Ibn. Mubarak
“awal imu ialah diam, kemudian memperdengar, kemudian memberi faham, kemudian menghafaz kemudian beramal” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:46.)

9. Apabila disoal kepadanya perkara yang provokasi yang akan menimbulkkan fitnah di kalangan orang muslimin maka ia minta elak dan minta supaya soalan ini ditanya kepada orang yang lebih aula daripadanya

10. Ulama’ ia tidak akan bertengkar dan memperbodohkan orang lain.

11. Mengajar orang lain kepada tuhannya dan memperingatkan bagi mereka yang lupa. Mengajar bagi mereka yang jahil dan meletakan hikmah kepada ahlinya. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’, 1996/1417, t.tpt, hlm, 50-53)

12.Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT .

13. Sentiasa berzikir kepada Allah .

14.Hatinya sentiasa bermunajat dengan Allah .

15.Haya bergantung kepada Allah dan tidak takut kepada lain daripada Allah.

16. Sentiasa beradab dengan Quran dan Sunnah .

17. Tidak berlumba dengan ahli dunia dalam menuntut kemuliaan.

18.Berjalan atas muka bumi dengan tunduk dan patuh.

19. Sibuk hatinya menuntut kefahaman dan iktibar.

20. Sentiasa menyebut nama Allah bersama bersama orang berzikir

21.Lidahnya sentiasa menyebut nama Allah

Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’, t.tpt 1996/1417,hlm: 13,

22.Sentiasa dahagakan ilmu.
Kata-kata Ibn. Masud”Dua perkara yang tidak pernah kenyang iaitu orang yang ada ilmu yang sentiasa menambahkan rida Allah dan ahli dunia yang berusaha menghimpunkan harta.

Kata-kata Masruq seorang Tabiin di zaman Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Ali dan Saidina Osman “ Tanda seorang yang berilmu ialah orang yang takut kepada Allah dan tanda orang yang jahil ialah orang yang kagum dengan ilmunya” Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:64.)

23.Tidak berkompromi dengan maksiat yang dilakukan oleh pemerintah.

Daripada Ummu Salamah berkata” Bersabda Rasulullah SAW” Adalah atas kamu pemimpin, kamu kenal mereka dan kamu engkar, maka sesiapa yang ingkar maka ia telah melepaskan diri dan siapa yang benci maka ia selamat, dan tetapi siapa yang ridha dan mengikutnya maka dijauhkan oleh Allah kepadanya oleh Allah”. Maka dikatakan Wahai Rasulullah Apakah kamu perangi mereka tetapi baginda menjawab “tidak , selagi mereka solat”. Sahih Muslim: 1854

24.Orang alim musuh iblis

“Sabda Rasulullah SAW Seorang faqih begitu susah atas iblis, berbading dengan 1000 orang jahil” Kitab Ilmu Turmizi

25.Para ulama’ hendaklah mempunyai iltizam qiadi atau iltizam kepimpinan, kerana ulama’ adalah pemimpin masyarakat dan ummah seperti para Rasul SAW . Firman Allah “ Dan ingatlah ketika nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (perintah suruhan dan larangan) maka nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. Allah berfirman: “….Sesungguhnya aku akan melantik mu menjadi pemimpin bagi umat manusia..” (al-Baqarah, 2:124)

Dengan demikian ulama’ bukan sekadar mengetahui tentang hukum hakam yang terbatas, bukan orang yang mengaji kitab feqah dan bukan juga ditentukan oleh serban dan jubah besar. Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), Tafsir al-Azhar, , Bandung: Yayasan Latimojong, cet. Pertama, juz 22/30, 1984, hlm. 302-303.

Sebab itu ulama’ yang layak memimpin mereka mestilah meniru sikap dan akhlak nabi, maka barulah layak mereka menjadi pemimpin.
“Para ulama’ adalah pewaris nabi-nabi dan sesungguhnya para nabi tidak meninggalkan wang emas atau perak, tetapi mereka meninggalkan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka sesungguhnya ia telah mengambil habuan yang cukup”.
(Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’: 19)

Sebab itulah para ulama’ mereka yang layak mewaris nabi kerana nabi hanya meninggalkan ilmu dan mereka yang boleh memahami apa yang nabi tinggal ialah ulama’.

26. Keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah

Kata Imam Ghazali : Maka inilah dia perjalanan ulama’
dan juga adat mereka pada menyeru ke arah kebaikan dan
mencegah kemungkaran, kurangnya mereka bergaul dengan pihak pemerintah dan akan tetapi mereka
menyerahkan kepada kuasa Allah Taala untuk mengawasi
mereka, mereka redho dengan ketetapan Allah Taala
supaya dianugerahkan kepada mereka syahadah di jalanNya. Ketika mereka mengikhlaskan niat kerana Allah maka kalam-kalam mereka memberi kesan pada hati yang keras maka dengannya lembutlah hati dan hilanglah kekerasannya.

27. Bertolak ansur tolak ansur. Tidak fanatik dengan pandangannya sahaja. Contoh Imam-Imam mazhab boleh dijadikan ukuran.

Diriwayatkan bahawa Imam Shafie telah mengatakan “Seluruh manusia dalam bidang fiqah adalah keluarga Abu Hanifah” Beliau juga melaku kan solat subuh dekat kubur Abu Hanifah, beliau tidak melakukan qunut, beliau berbuat demikian kerana menghormati Abu Hanifah yng negatakan qunut tidak ada dalam solat subuh dan untuik mengajar pengikutnya supaya bertolak ansur kepada mazhab berkenaan. (Mohd. Radzi Othman dan O.K. Rahmat, 1996:61)

Kiyai Hasyim Asyaari, daripada Nahdatul Ulama, sebuah organisasi kaum tua mengatakan umat Islam agar jangan taksub kepada setengah mazhab atau setengah hukum di dalam soal furuk. Yang utama bagi umat Islam ialah membela Islam dan berjuang menentang orang yang menolak al-Quran. Berjihad menghadapi musuh adalah wajib. Adapun takasub pada satu mazhab dan satu qaul ini tidak disukai oleh Allah. Apatahlagi sehingga mendorong kepada berebut-rebut dan berdengkian. (Umar Hasyim , 1982:232-233.

Nota : Penulis adalah AJK PAS Pusat 2007-2009